Sunday, August 16, 2015

Sabah Day 4 (12 Ogos 2015) - Ranau - Kota Belut - Kudat - KK

Alhamdulillah..

Berada di Sabah untuk hari yang ke-empat. Ke mana pula kita hari ni? Entri kali ni saya kurangkan menaip, tapi banyakkan berkongsi gambar. Biar gambar pula berbicara. Gitew.. hihi..

7.30 am - Ranau - Kota Belud - Kudat

Perjalanan hari ni adalah ke 'The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Alhamdulillah semalam hujan lebat selebatnya. Maka hari ni kami berpeluang sekali lagi untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Terasa sedih di hati melihatkan kesan gempa ke atas gunung. Banyak kawasan yang runtuh dan dapat dilihat dari jauh. Sungguh besar kuasa Allah. Sekiranya Dia mengkehendaki sesuatu itu berlaku, maka berlakulah ia..





9.30 am - Kota Belud

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam bypass from Ranau - Kota Belud - Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud, kami dapat lihat kesan banjir lumpur. Sungai yang dahulunya dijadikan tempat pembiakan ikan-ikan sungai oleh masyarakat setempat, kini telah bertukar menjadi sungai yang besar dan berlumpur. 

Kami sampai di persimpangan antara Kudat dan Kota Marudu pada jam 9.30 am.


Sampai di Tg Simpang Mengayau lebih kurang jam 11.00 am. Cuaca panas terik, tapi angin laut bertiup kuat jugak..  jalan masuk ditutup sementara sebab tanah runtuh, jadi lencongan dihalakan ke dalam ladang kelapa sawit. Mula-mula tu was-was juga. Tapi tawakkal sahaja lah.. 

Jalan masuk ke kawasan Simpang Mangayau melalui Ladang Kelapa Sawit

Subhanallah!! Cantiknya pemandangan

Tempat wajib bergambar

Di sini lah pertemuan Dua Lautan iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. 
Boleh nampak dengan ketara perbezaan warna air laut di situ.


Untung juga bercuti semasa bukan cuti sekolah. Masa sampai tadi kami berdua je. 
Masa dah nak gerak balik barulah ada beberapa orang pelancong sampai.


12.00 pm - Kudat - Kota Belut - KK

Cuaca semakin panas. Malam ni kami akan bermalam di Kota Kinabalu pula. Perjalanan ke KK juga akan melalui pekan Kota Belud.

Sempat singgah Bavanggazo Rungus Longhouse Kudat. Aunty tu adalah wanita suku kaum Rungus. Masyarakat Rungus sekarang tidak lagi tinggal di rumah panjang tradisional. Kebanyakannya tinggal di rumah panjang yang diperbuat daripada batu bata. Bayaran masuk RM3.00 seorang. Kraftangan agak mahal di sini..

Ingat nak singgah tengok pembuatan Gong. 
Tapi ada tiket masuk juga. RM5.00 seorang. Tak jadi lah masuk. hihihi..

Perjalanan diteruskan. Kami sampai di pekan Kota Belud lebih kurang jam 2.30 pm. Letihnya badan. Kalau anda teringin nak ke Simpang Mengayau, tapi tak larat nak drive sendiri, boleh naik flight ye dari KK ke Kudat.

So, singgah isi perut di KFC dulu. Mengikut pemerhatian, Kota Belud ramai Muslim. Banyak juga kedai makan yang di miliki orang Islam. Selesai makan, sambung perjalanan Kota Belud ke KK.

Sampai di KK, hujan lebat. Jam menunjukkan jam 4.00 pm. Jalan agak jammed. Lebih kurang jam 5 pm,  kami singgah pula di Pasar Besar KK untuk mencari ikan bilis. Tapi tak sempat membeli sebab pasar akan ditutup jam 6.00 pm. Misi ikan bilis akan disambung esok!

Bersiar-siar di kawasan penjaja ikan dan hasil laut. 
Harga sangatlah murah disamping semuanya segar bugar. 
Hujan masih renyai-renyai.

Melewati pasar Philipine, terus ke Pasar Malam Kg Air untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang. Mutiara Sabah memang murah. Anda perlu tahu, yang mana mutiara campuran, dan mutiara asli. Harga mutiara asli lebih tinggi, tetapi still berbaloi lah. Rambang mata hakak tau!

Dah penat berbelanja, singgah makan di gerai di belakang Pasar Philipine. Kami memilih menu Lobster Masak Butter, Sotong Bakar Sambal, Umai dan kerabu mangga.. Umai sangat sedap sebab isi ikan fresh, tapi yang lain-lain saya bagi 3 bintang sajalah. 

Selesai makan, badan pun dah melekit dan penat. Jom rehat. Kami bermalam di University Condo Apartment (UCA) yang terletak di Menggatal, KK.

Penat tetapi seronok. Tamatlah penjelajahan kami untuk hari yang ke-empat. Ke mana pula esok? Tunggu next entry ya..

Good Nite.. xoxo..








Read More

Sabah Day 3 (11 Ogos 2015) - Ranau

Assalamualaikum..

11 Ogos 2015 tarikh yang sangat bermakna! :)

It's my birthday.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan pengembaraan di dunia dalam mencari keredhaanNya.. Birthday tahun ni disambut sederhana di SABAH! Tetapi kenangan yang tercipta sangat luar biasa tau..

So, hari ketiga di Sabah, ke mana kah kita? Jom...

7.30 am - Kampung Lohan

Abaikan muka bangun tido tu. :P


Kami bersarapan dulu di kedai makan Kak Nora di Kg Lohan. Kedai ni direkomen oleh kakak ipar. Katanya nasi kerabu sedap di sini. So, pagi ni kami try lah. Kami memilih nasi lemak biasa dan kopi panas sebagai sarapan. Harga OK-OK lah. tak terlalu mahal, tp tak juga murah. Kemudian, kami 'tapau' Nasi Kerabu untuk lunch nanti. hehehe.. Senang, tak payah fikir lunch nak makan apa.


10.15 am - Poring Hot Spring, Ranau

Perjalanan dari Kg Lohan ke Poring disajikan dengan pemandangan perkampungan yang menghijau. Masih mengekalkan suasana tradisional dengan binaan rumah kayu dan terdapat kedai-kedai kecil di tepi jalan.

Kami sampai di Poring Hot Spring lebih kurang 10.15 am. Tak ramai orang pun. Mungkin sebab bukan cuti sekolah. Hanya ada sebilangan pelancong yang saya rasa dari Korea dan China. Bayaran masuk adalah RM3.00 seorang. Bagi sesiapa yang telah membayar masuk ke Kinabalu Park, tidak perlu membayar tiket masuk ke sini. Hanya tunjukkan tiket yang sama, tetapi mestilah pada tarikh yang sama ye. Kalau tak, jadi seperti kami lah. Bayar semula sebab kami ke Kinabalu Park semalam. :)

Wefie tu wajib...

Kalau nak tahu, Poring hot Spring ni bukan sahaja ada kolam-kolam air panas, tetapi ada juga Air Terjun, Kebun Rama-Rama dan tempat perkhemahan. 

Ada macam-macam jenis dan saiz kolam air panas

Sebelum mandi di kolam air panas tu, kami ambil keputusan untuk menikmati kehijauan bumi Allah ni dulu. So, jom ikut kami masuk hutan!


Actually kat sini anda juga boleh try naik Canopy Walk. Bayaran di kenakan RM3. Tapi kami memilih nak ke Air terjun sahaja. Destinasi kami Air Terjun Kipungit, 400 meter ke dalam. 


Alhamdulillah, tak sampai sejam pun kami dah sampai di sini. Air terjun tak tinggi tetapi airnya jernih, bersih dan sejuk. Rezeki kami, tiada orang di situ. So, bergambar dulu lah. Untuk mendaki terus ke air terjun Langanan, ianya akan mengambil masa kira-kira dua jam. So, pendakian terhenti setakat Kipungit sajalah. Hehehe. Tak sabar nak mandi di Kolam Air Panas.


11.40 am - Kami memilih untuk menyewa VIP Jaquzzi a.k.a Privacy Hot Spring Pool. Sewa yang dikenakan adalah RM20.00 sejam. Sangat selesa sebab ada tab jaquzzi, shower dan tandas. So, enjoy.. Masih ingat tentang Nasi Kerabu yang dibeli pagi tadi? Ha, ni lah masa terbaik untuk lunch. dah penat masuk hutan, dan mandi, so makan je kat dalam bilik ni. :)

1.15 pm - Sabah Tea Garden, Ranau

Perut dah kenyang, so kami teruskan perjalanan ke Sabah Tea Garden yang juga terletak di Ranau. Tak jauh pun. Untuk masuk ke kawasan ladang teh tu agak mencabar ye tuan-tuan. Jalannya bukan jalan tar, tetapi jalan yang berbatu dan agak mendaki. 


Disebabkan panas terik, jom singgah minum dulu di cafe. Kami memilih Pandan Teh Tarik Sejuk. Mahal juga harganya. Rasanya sedap. Teh Sabah ni adalah teh yang diproses tanpa bahan kimia. Malahan pokok teh juga tidak disembur racun kimia. Saya beli beberapa pek teh sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Untuk pengetahuan, di sebelah cafe ni ada rumah panjang tradisional Sabah. Sebagai tarikan pelancong, rumah panjang ini telah diubah suai menjadi tempat penginapan. Bayaran yang dikenakan hanyakah RM70 untuk satu malam satu bilik. mesti malam-malam sejuk kan. Ada dua buah rumah panjang di sini. Satu dibuat daripada kulit kayu pokok nibong, dan satu lagi daripada buluh.



2.00 pm - Kg Luanti Baru, Ranau

Bagi sesiapa yang suka Fish Spa, dan baru nak cuba Fish Spa, di sinilah tempatnya. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau. Tagal dalam bahasa Kadazan-Dusun bermaksud "dilarang menangkap ikan". Ikan-ikan di sini sangatlah besar dan agresif. hehehe. Ikan-ikan ni akan membantu anda untuk membuang sel-sel mati di kulit anda. terpulang samada anda nak mandi atau rendam kaki sahaja. 

Sebenarnya geli.. Iskk.. Nak cuba, tapi acah-acah je. Bila kena 'kiss' dengan ikan-ikan tu terus melompat ke tepi semula. Tiket masuk adalah RM5.00 seorang, dan RM3.00 dikenakan bagi kamera/smartphone. Makanan ikan juga dijual di kaunter sebelum masuk tu. Satu pek RM1.00 dan terhad sorang satu pek sahaja. 

Untuk Fish Spa ni, ada peraturannya. Aktiviti spa hanya dibenarkan selama 15 minit sahaja. Memandangkan kami pergi diluar musim cuti sekolah, makanya kami ber'spa' selama sejam di situ. Rezeki kan..

Anda juga boleh try naik jambatan gantung di situ. 
Mr Hearthrob sangat berani ber'spa'. 
Walaupun kadang-kadang melompat juga..Love u. hihi


Selesai Fish Spa, kami terus balik ke rumah memandangkan malamnya ada hidangan istimewa untuk tetamu especially untuk 'Birthday Girl'. kihkihkih..

Ikan dan segala hasil laut tersangatlah murah ye di Sabah. Hidangan makan malam kami disediakan khas oleh Chef Marzuki dan Chef Syumai! Yeay.. Ikan kerapu masak stim, sotong celup tepung dan sambal kicap. Perghhh.. Thorbaik.. Thanks tuan rumah atas layanan yang diberikan..

Fuh.. seronok kan jalan-jalan di Sabah. Kita rehat dulu.. Esok sambung lagi cuti-cuti Malaysia di Sabah, Negeri di Bawah Bayu~

Pen Off.. Good nite.. xoxo..







Read More

Sabah Day 2 (10 Ogos 2015) - Kundasang

Assalamualaikum..

Dah baca entri sebelum ni? Kalau belum, boleh klik di arkib ye. :)

So, entri kali ni saya nak kongsi pengalaman saya dan Mr Hearthrob (MH) jelajah Kundasang! Alhamdulillah, cuaca cantik.. Membiasakan diri dengan perubahan waktu. Jam 6.00 am dah pagi terang. Matahari dah mula muncul. Dan rezeki kami dapat lihat puncak Gunung Kinabalu dari rumah! Teruja sangat! Sampai lupa nak ambil kamera. Tapi pemandangan tu sekejap cuma. Lebih kurang 10 - 15 minit lepas tu, puncak gunung dah ditutupi awan tebal.. Alaaa.. ruginya tak snap pic! Menurut kata abang ipar, rezeki lah tu dapat tengok puncak gunung. Bukan senang tau sebab selalunya ditutupi awan.. hmmm.. hopefully dapat tengok lagi nanti..

So, ke mana destinasi hari ni? Let's check it out!!

9.30 am - Pekan Kundasang

Memandangkan Abang Ipar dan isterinya mengajar (bukan cuti sekolah kan.. hihi), so kami berdua pun jelajah sendiri lah. Berpandukan beberapa panduan yang didapati daripada internet, ipar duai dan kawan-kawan, kami mengatur tentatif sebaiknya.

Sebelum memulakan penjelajahan, eloklah sarapan dulu ye kakak abang adik sekalian.. Kami hanya sarapan ringkas di KFC pekan Kundasang memandangkan kami berdua tidak familiar dengan kedai-kedai makan di situ..

Actually tak ingat samada kami bersarapan dulu atau singgah di Kinabalu Pine Resort dulu. ngeee... 

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.. Sila jeles.. :P

Tak kisah lah kan. tapi yang pastinya pagi lagi lah. So after sarapan tu, kami ke Kinabalu Heritage Hotel. Keluar simpang daripada roundabout Pekan Kundasang tu, ambil simpang ke dua (pukul 12 lah tu kan).. Akan jumpa Masjid Kundasang. naik atas lagi akan jumpa resort TM, lepas tu baru jumpa Heritage Hotel. Ada jambatan gantung di situ ye. Boleh lah bergambar sekeping dua..  Kalau terus lagi naik atas, akan jumpa Kem Bina Negara. Tapi kami tak naik pun sampai sana.

11.30 am - Kinabalu War Memorial

Cuaca agak panas, tapi still dingin. Tempat seterusnya adalah Kinabalu War Memorial. Tempat ni dibina adalah sebagai memperingati tawanan perang tentera Australia dan British yang dipenjarakan oleh tentera Jepun. Boleh rujuk internet kalau nak tau carita lengkap (tentang perjalanan maut, kematian sebagai tawanan, ada yang survive dan banyak lagi). Lagi bagus kalau anda juga berkesempatan datang dan tengok sendiri. Tempat dia cantik jgk tau. :) 

Entrance fee RM2.00 seorang ya


12.20 pm - Kinabalu Park

Destinasi seterusnya adalah Kinabalu Park! Entrance Fee RM3.00 seorang. Sebelum pergi tak sure ada apa di sini. Tapi mujur abang ipar ada bagi tahu supaya naik ke Timpohon Gate. Di situ adalah starting point bagi pendaki Gunung Kinabalu memulakan pendakian. Actually ada dua gate. Pendaki boleh memilih untuk mula di Mesilau gate juga. Tapi jalan untuk ke Mesilau gate masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan jalan kesan daripada gempa tempoh hari.

So, kami hanya berpeluang untuk ke Timpohon Gate. Oh ya, di Kinabalu Park ni juga ada beberapa trail yang boleh dilalui. Terpulang kepada kemampuan dan minat masing-masing. Setiap trail tu jaraknya berbeza dan pemandangan juga berbeza. Ruginya sebab tak bawa kasut sukan. Jadinya kami terus naik dengan kereta ke Timpohon Gate. Malangnya tiada rezeki kami kali ini untuk naik ke platform untuk melihat kaki gunung dengan lebih dekat dan jelas. Kawasan tersebut ditutup buat sementara waktu berikutan gempa hari tu juga. 

Bargambar di platform Kiau (betul ke?) lepas tu terus ke starting point pendakian. Ada pintu gerbang "SELAMAT MENDAKI", dan juga ada notis ni pagar "..dilarang masuk, sebab ada maintenance.."


Di Kinabalu Park juga terdapat Natural History Gallery. Entrance fee RM2.00 seorang. Dalam ni boleh lah kalau nak tengok habitat yang ada di Gunung Kinabalu, replika struktur Gunung Kinabalu, batu-batuan yang ada di Gunung dan Lombong Mamut.


1.45 pm - Desa Dairy Farm

Perut pun dah lapar, so tempat yang seterusnya mestilah berkaitan dengan makanan dan minuman. Perjalanan dari pekan Kundasang ke Desa Dairy Farm, Mesilau ni agak mencabar lah. Mujur naik Avanza. Jalan yang menggabungkannya memang sengaja dikekalkan ciri tradisional. Jalan yang agak mendaki dan berbatu. Entrance fee adalah RM5.00 untuk seorang. Mahal jugak kan. Tapi OK lah jugak sebab pemandangan cantik. Orang kata seolah-olah berada di New Zealand. Hihi. No comment sebab belum pernah ke NZ.

Lunch kami: Wrap Rice KFC yang beli pagi tadi di Pekan Kundasang, Ice Cream Vanila Choc dan Susu Choc. Sebelum balik beli lagi susu dan yogurt yang sangat sedap.. try lah.. sedap..
Gambar magic: Mr hearthrob cuba mengapungkan diri.. kihkihkih..

Pengunjung juga boleh tengok cara diorang perah susu. Tepat pukul 2.30 pm, lembu-lembu dah ready. Memang susu semua segar dan dijamin bersih. Jadual aktiviti akan diberi selepas membayar tiket masuk tadi. So, kalau nak tengok cara packaging, perlu berada di situ pukul 8.00 am - 1.00 pm.


3.00 pm - Balik ke Ranau

Destinasi seterusnya ni kami terpaksa berpatah balik ke Ranau dulu. Sebab tempat yang akan di tuju ni akan di bawa oleh abang ipar.


5.30 pm - Kompleks Sukan Ranau

Kompleks Sukan ni terletak nun di atas bukit. Banyak fasiliti yang disediakan. Antaranya adalah trak balapan, gelanggang dan dewan. Tetapi yang menariknya di sini adalah Sukan PAYUNG TERJUN. Gayat tu sebab terbang terjun dari atas bukit yang tinggi.. 


Gambar 1: Nampak tak payung terjun di belakang kami?
Gambar 2: Kat belakang tu lah abang ipar dan isterinya
Gambar 3: Menghayati pemandangan petang


Dah puas tengok pemandangan, kami pun bergerak balik. On the way balik tu sempat kami tanya beberapa info tentang perjalanan esok pula.. Tak sabarnya..

Pada malamnya kami hanya menghabiskan masa di rumah, sambil menikmati suhu dingin di Ranau.. :)

Jom rehat.. Pen Off~~

NEXT : Sabah Day 3


Read More

Sabah Day 1 - The Arrival

Bismillah..

Assalamualaikum..

Lama sudah tidak menulis.. Lama juga lah tidak blogwalking.. Malam ni tiba-tiba rasa 'rajin' nak update dan berkongsi percutian bajet selama 7 hari di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sebenarnya ini adalah kali pertama buat saya ke Sabah.. Alhamdulillah.. Last year rancang ke Sabah juga untuk Mandatory Leave dan dah siap tempah semua tetapi Allah dah aturkan perancangan yang lebih baik.. boleh klik sini kalau nak tau cerita tu.. :)

Sebenarnya cuti kali ni pun boleh dikatakan 'last minute plan'.. Saya dah lama apply Mandatory Leave tapi tanpa perancangan pun. Fikir punya fikir, lastly SABAH, here we go!!

Mandatory Leave tu ape? Refer sini>> KLIK

9 August 2015 : KL - Sabah 

eh? Faizal Tahir?? kihkihkih

Tepat jam 3.00 pm kami terbang ke Kota Kinabalu, Sabah dengan menaiki Air Asia. Sepatutnya jam 2.35 pm.. tapi tak pasti kenapa delayed. Gambar kat atas tu bukan Faizal Tahir, tapi Faizal Anuar. My beloved hearthrob, my everything.. :)

Cuaca sangat baik, cerah dan cantik. Cuma sesekali melanggar awan, bergegar jugaklah.. Kami selamat mendarat di KKIA 2 jam 5.00 pm.. 

Jika mengikut perancangan, kami akan bermalam 2 malam di Ranau, dan 4 malam di KK. Kami menumpang tidur di rumah abang ipar di Kg Paka 2, Ranau memandangkan tentatif bermula dengan penjelajahan di sekitar Ranau dan Kundasang.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang dua jam dari KK ke Ranau memandangkan keadaaan jalan yang agak mendaki. Kalau tak salah jaraknya hanyalah lebih kurang 100 km. Oh ya, sebelum bergerak ke Ranau, kami singgah solat di Masjid Likas dan lepas tu, makan di Restoran Tom Yam Ori,  Taman Putera Jaya di KK. Restoran yang dimiliki oleh orang Kelantan memang sedap lah. Sebab masih citarasa Semenanjung. Tak sabar nak rasa masakan Sabah esok! 

Terlupa dengan perbezaan masa antara Semenanjung dan Sabah.. Jam 6 lebih dah berlaku perubahan AM - PM. Hihi.. Jadinya perjalanan kami ke Ranau hanya ditemani lampu-lampu daripada kawasan perkampungan di kiri dan kanan jalan serta deruan kabus yang sejuk.. Duh, tak sabar tunggu esok.. 

Kira-kira jam 10 pm kami selamat tiba di Ranau. Mata pun dah mengantuk, badan pun dah penat. So, apa lagi, bantal dok memanggil-manggil lah kan..

Semoga mimpi indah!


Read More