Thursday, September 27, 2012

Dulang Emas


Hari ini adalah hari saya perlu buat belanjawan keluarga. Suami jadi ‘Perdana Menteri’, isteri pula jadi ‘Menteri Kewangan’. Alhamdulillah, Ya Allah Engkau Maha Pemurah. Syukur atas rahmatNya kami dapat menjalani kehidupan dengan baik. Tidaklah dikatakan senang dan mewah, tidak juga dikatakan susah.. *Senyum*~



Saya tidak dilahirkan di dalam dulang emas. Saya bukan orang berada (tapi ada-ada.. Boleh kan?) Namun, Alhamdulillah… Sebab Allah memberi jalan yang agak berliku sebelum saya dapat rasai nikmatnya di hari ini. Kata pepatah yang saya tidak tahu petik dari siapa “Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah..”. Benar sekali. Bukan senang kalau nak rasa senang. Namun sentiasa berusaha dan berdoa, malah jangan berputus harap dan kebergantungan dengan-Nya. Percaya REZEKI semuanya datang dari Allah. Percayalah! Walau di mana kita berada…

… Ada orang kerja sikit, pendapatan banyak..
… Ada orang kerja sikit, pendapatan pun sikit..
… Ada orang kerja banyak, tapi pendapatan sikit..
… Ada juga orang yang kerja banyak, pendapatan pun banyak..

Jom kita renungkan, kita berada di kalangan golongan yang mana?

***

Saya masih teringat, ketika saya dan adik-adik masih kecil, bagaimana ayahanda yang saya kasihi membuat belanjawan keluarga. Ibunda adalah seorang suri dalam rumah setiap masa. Kami anak-anak ayahanda dan ibunda, ada banyak keinginan. Minta itu ini, namun ayahanda seorang yang penyabar dan pandai mententeramkan keinginan anak-anaknya. Saya kira, saya adalah anak yang boros sebab beg sekolah nak yang baru setiap dua tahun, inginkan baju raya baru setiap tahun, inginkan pensel dua batang untuk bawa ke sekolah.. Ya! Saya boros sedangkan ada rakan-rakan lain hanya menggunakan beg sekolah yang sama sejak darjah satu hingga darjah enam. Ada rakan yang hanya ada sebatang pensil yang diasah hingga ‘kontot. Ada rakan yang hanya memakai baju lama daripada abang atau kakaknya.

Sehingga kini, saya rasa saya masih lagi boros… Kenapa? Sebab saya masih membelanjakan wang untuk membeli barangan mengikut kehendak saya, BUKAN KEPERLUAN! Sebab itulah Allah kurniakan saya seorang suami yang boleh menasihati saya. Sikap boros saya makin hari, makin terhakis. Sebab itulah dilantiknya saya menjadi  ‘Menteri Kewangan’. Kalau silap buat belanjawan, terimalah “Denda”.. Hehehe… (^_^)


Read More

Friday, September 14, 2012

100 HARI


10 September 2012, genaplah usia perkahwinan saya yang ke-100 hari. Adatlah setiap pasangan yang berkahwin akan melalui asam garamnya. Syukur kepada Allah, setiap hari bertambah rasa kecintaan dan ketaatan saya kepada suami. Kami semakin mesra, ceria dan redha dengan ketentuanNya.

Si jantung hati saya bagaikan sebahagian daripada diri saya.. Suatu pembiasan dalam diri saya. Dia tidak perlu terangkan serba serbi, cukuplah diberi kepercayaan dan keredhaan kepada saya.. Jadi tiada alasan untuk saya mengkhianatinya.



Kami seringkali ‘mengkritik’ antara satu sama lain. Tiada siapa yang sempurna kan? Tapi bagaimana cara penerimaan itu penting. Seringkali suami berpesan ‘suami memang ketua keluarga, tapi tidak salah kalau isteri menegur dan memberi nasihat demi kebaikan bersama’.. Takkan semuanya betul saja...

Percayalah, komunikasi dalam keadaan yang baik akan membawa kebahagiaan rumahtangga. Jom bercinta selepas lafaz ‘aku terima nikahnya’!

Teringat program yang dianjurkan oleh saya dan rakan-rakan ketika Latihan Praktikum dulu --- Cinta, Indah Pada Waktunya.. Memang Indah~
Read More

Ramai yang ambil berat

Baru-baru ini (sabtu lepas), saya dan suami mendapat jemputan menghadiri Jamuan Rumah Terbuka. Saya isytiharkan hari ‘Dapur Tak Berasap’ kepada suami. Dia hanya tersenyum. Mana tidaknya, kami mendapat jemputan daripada 3 orang rakan. Seorang di Saujana Putra, seorang di Jenaris dan seorang di Sentul. Rakan-rakan saya adalah rakan suami, begitu juga rakan-rakan suami, saya akan anggap sebagai rakan-rakan saya juga. Kenapa perlu berkira kan?


Bila dah berkumpul, timbullah pelbagai cerita untuk dibualkan. Tak kurang juga usikan-usikan nakal dari rakan-rakan kepada pengantin baru.. Namun apa yang saya tertarik untuk berkongsi adalah ‘ramai golongan yang ambil berat’ di sekeliling kita. Untunglah ada yang ambil berat dan sayang kepada diri kita.. Iya kan?

Dalam bercerita, ada jugalah timbul isu ‘bila nak kahwin?’ kepada rakan yang masih bujang (maaf andai ada yang tidak senang dengan coretan ini). Wanita sekarang tidak mahu kalah dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan hidup. Cita-cita dan perancangan hidup dirancang dengan sebaiknya, namun masih belum dapat rezeki untuk mendirikan rumah tangga. Seperti biasa, orang yang paling mengambil berat adalah orang luar. Ahli keluarganya sedikit pun tidak bising. Tapi makcik-makcik, jiran tetangga, sepupu, rakan-rakan yang tak penat keluarkan soalan cepu emas.. Menakjubkan bukan?

Memang sakit hati, saya sendiri pernah melaluinya. Bila balik ke kampung, soalan cepu emas itu juga yang ditanya. Namun saya sudah biasa, senyum dan berlagak selamba. Ingin menjawab takut ada yang tersinggung terutamanya jiran-jiran yang ‘muda’ sebaya ibu saya. =)

Memang tidak disangkal, ada segelintir masyarakat kita ni gemar ‘ambil berat’. Baguslah ambil berat, tetapi kalau pertanyaan tersebut tidak disenangi, membuatkan empunya diri tidak selesa tak syok juga! Kalau boleh terima, OK lah (walau kadang-kadang geram juga). Contoh soalan cepu emas yang biasa kita dengar:-
  1. Kelau belum kahwin – bila nak kahwin?
  2. Kalau sudah bertunang – bila nak langsung?
  3. Kalau sudah berkahwin – bila nak dapat anak?
  4. Dah dapat anak – bila pulak nak tambah?
  5. Bila anak dah berderat cukup sepasukan bola sepak – Mak aih.. ramainya anak..
Begitulah betapa ambil beratnya masyarakat kita. Teringat lagi kenangan waktu majlis persandingan saya dengan suami beberapa bulan lepas. Kami merancang untuk tidak bersanding, namun diadakan juga mini pelamin (itupun last minit kat serambi rumah arwah nenek- atas sebab tertentu, adakan juga). Bila tetamu yg datang tak nampak bersanding, adalah bisik-bisik kedengaran, tak bersanding ke pengantin ni? Bilik pengantin juga dilawati mereka. Maklumlah nak kira berapa dulang hantaran, berjenamakah, tanyakan berapa ribu hantaran.. Bagaimana saya ingin memilih untuk tidak menjawab, sedangkan yang bertanya adalah kaum keluarga. Jadinya asal seorang tahu, sekampung malah semukim akan tahu. Itulah menunjukkan betapa masyarakat kita ‘mengambil berat’…


Semasa menjadi raja sehari

Perihal barang hantaran juga tidak terlepas dari menjadi bahan bualan. Saya dan suami memilih barangan mengikut keperluan dan kemampuan sahaja. Alhamdulillah, ada yang turut menyumbang juadah/ manisan sebagai hantaran kepada bakal suami ketika itu.

Apa nasihat yang boleh saya sampaikan, biarlah majlis mengikut syariat bukan mengikut adat secara total. Ikutlah kemampuan bukan untuk berbangga-bangga. Yang nak tanggung siapa? Pasangan yang berkahwin itu juga.

Ayah juga berpesan, tak perlulah nak nampak cantik lah, hadiah macam-macam (doorgift), mahal pulak tu. Lebih baik banyakkan perbelanjaan untuk menjamu tetamu dengan hidangan yang mencukupi dan pastinya sedap.. InsyaAllah~

Memadailah majlis sederhana, namun penuh keberkatan. Amin…

Ini hanyalah coretan peribadi. Maaf andai ada terkena dengan individu / pembaca blog ni. Semuanya hanya kebetulan..
Read More

Anna atau Ana??



....... Sudah lama tidak mencoretkan catatan di dalam blog kesayangan ni. Hari ni di beri kesempatan oleh Allah untuk menyambung kembali projek terbengkalai. Projek apakah? Projek yang dimaksudkan adalah mendisiplinkan diri untuk menulis kembali..

Alhamdulillah, semakin hari semakin teratur kehidupan setelah bergelar isteri, menantu dan ipar. Tanggungjawab yang digalas sangat besar. Kehidupan juga berubah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Bersama keluarga menziarahi sanak saudara ketika hari raya

Coretan kali ini hanyalah coretan ringkas… Bermula entri ini, tiada lagi penggunaan kata ganti nama Anna (sebutan ana, bukan ena).. Dalam Bahasa Arab bermaksud ‘saya’.. Jadi eloklah jika terus menggunakan ‘saya’ sebagai kata ganti nama..

Jadi, entri selepas ini, saya akan terus belajar mengenai penulisan yang bermanfaat. Harap rakan-rakan blogger dapat memberi tunjuk ajar ye!

Salam ceria~
Read More