Friday, July 20, 2012

Sambutan Hari Lahir CHRO


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Encik Hisham..
Allah selamatkan kamu...




Selamat hari lahir diucapkan kepada our beloved boss.. Encik Norhisham Ahmad (Chief Human Resource Officer)..

Tanggal 19hb Julai 1963, bersamaan 27 Safar 1383 di hari Jumaat yang mulia, maka lahirnya seorang insan di bumi Melaka.. yang diberi nama yang cukup bermakna.. Norhisham yang bermaksud  'Cahaya Pemurah'..

Semoga limpahan cahaya pemurah tersebut sentiasa memayungi kami sebagai anak buah yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahanda..

Memetik kata beliau.. "Semoga kita semua ikhlas bekerja dan bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab...".. Besar pengharapan beliau dalam memimpin anak buahnya menjadi insan yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah.. InsyaAllah boss..

Nota-cinta-Anna: Hampir dua bulan Anna berada di bawah tunjuk ajar dan bimbingannya. Alhamdulillah, sekarang Anna dah mula dapat menyesuaikan diri dan memahami sifat dan sikapnya. Awal2 dulu, sengsara juga emosi den ni ha.. Tapi sekarang dah stable.. Yang penting, jangan lupa, kebergantungan kita kepada Allah secara total yang akan memusnahkan 'blok' negatif yang ada dalam diri kita.. Bertawakkan dan bermuhasabah dapat meredakan sifat mazmumah dalam diri kita. InsyaAllah..

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga amal ibadat yang dikerjakan mendapat keradhaan dan manfaat dariNya. Amin...
Read More