Thursday, April 07, 2011

Sky Diving @ Sky Venture Genting

What a busy life! Heheh.. Dah lama tak update. Last month berjaya update 4 entri je??? woahhh.. Dahsyat. Akaun nuffnang tak bertambah pun pendapatan. Takpe, apa yang penting utamakan perkara yang super penting!

So, entri kali ni nak update tentang EXTREME SPORT yang anna join last weekend (2 April). U all pernah join SKY DIVING? Ni adalah 1st time tau. B4 ni kalau ke Genting tengok je org main, nak try takde keberanian. Tapi kali ni, anna cabar diri anna untuk cuba. 

Sky Diving di Sky Venture Genting ni merupakan satu2nya indoor sky diving di Asia.. Di Asia ok, bukan Malaysia. Proud to be Malaysian! So, after berjaya mendarat dengan selamatnya dapat la fligt cert level 1. So, after ni nak paragliding pun boleh la.. dah ada sijil ni.. Teringat iklan YUNA yang terjun dari heli tu.. Cam best kan...

Wanna know more??? check it out!




Bergambar after selamat landing.. Weee~~






Nervous--- cover dengan peace!





Menunggu giliran untuk Flying Without Wings~~ =)






Finally~~ We are flying!!! Yuhuuuuu..






Flight Certificate!! Pasni nak terjun dari heli pulak lah... Yg ni baru Level 1. Jom.. Jom.. Jom..






Jalan-jalan after terbang. Kembali ke bumi yang nyata.. Alhamdulillah, semua selamat.. Sejukkkk~~




Ada lagi pic, last but not lease.... yg ni special edition.. Nak tengok?? hahahah... scroll bawah lagiiii...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Of course la my heartthrob pun join. Maklumlah ni kan aktiviti lasak. Thanks dear sudi join. Next time jgn segan2 untuk join lagi [kalau ada next time la kan~~ =))].. 


OK lah, bagi yg jeles sebab tak join Sky Diving, sila teruskan kejelesan anda ye.. Kalau ada peluang try la. Memang best + mencabar.. Special thanks to Pae as pengarah program yang sudi melantik Anna jadi penasihat program. Congratulations jgk sebab dah berjaya organize program dengan baik. Semoga dapat diangkat menjadi program terbaik la ye... Peace no war! Daaaa....
Read More

Wednesday, April 06, 2011

Rajukku bukan mengada-ngada...





Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Read More