Saturday, February 26, 2011

Friday, February 25, 2011

Tuesday, February 22, 2011

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Ketiga | 20 Feb 2011


Setelah tido dengan nyenyaknya semalam, tibalah hari terakhir kami berkhemah kat Gunung Muntahak. Aktiviti hari ni merupakan aktiviti yang sepenuhnya dirancang oleh guiders. Pagi ni kami bersarapan roti, biskut lemak, sup Campbell dan sardin. Best tak? best tak? Hehe.. Air ada dua pilihan, mango perisa air terjun atau teh. Hehe.. Sedap tau..

Dah siap sarapan, bermulalah aktiviti merentasi halangan! Ada empat halangan yang telah disediakan oleh guiders kami yang sangatttttt baik hati. Hahaha.. Anna, ain, pae (pengarah program), mira dan aren jadi urusetia jaga setiap check point.


Yang si baju merah Aren ni mmg suka membuli. Habis disuruhnya budak2 ni berjalan itik sambil nyanyi lagu. Dah mula la kuar lagu Geylang si paku gelang, negaraku, dan Barisan telur.. Lumpur kat check point 1st ni memang sangat 'wangi'.. ewww.. hahaha.. Pastu peserta akan ke check point 2nd yang Anna jaga. Kira macam spa la kot.. Nampak adek comel yang terbaring tu? Haa yg tu dah kena buli ngan Anna. kehkeh.. Ampunnn... Tapi diorang sporting habes.. Pastu check point ke-3 spider web. Yang ni camne diorang nak lepaskan diri yang berat ngan lumpur tu dengan melalui tala rafia. Last check point, pembersihan! Masuk sungai, kasi cuci-cuci dan nyanyi dalam air. Pastu melalui halangan dalam sungai sampai la ke tempat perkhemahan.. Best gelakkan diorang.. Tapi.....

Tanpa diketahui, guiders ni kenakan urusetia balik. Disuruhnya peserta2 yang kena buli ni 'buli balik'. Apa lagi, kaw2 punye la.. Yang kena buli balik hanyalah urusetia perempuan and guiders perempuan dua orang. Ceh! Sampai turn diorang (guiders lelaki n urusetia lelaki) nak kena buli leh lak gi menyorok. Hahaha..


Kami hepi and sporting! Ni muka comot2 ala askar berperang dalam lumpur.. Lebih kurang jam 12pm, kami pun mandi-manda, solat and berkemas untuk balik UTM. Make sure tidak tinggal apa2 pun kat camp site. Sampah dibakar secara terkawal dan kebersihan perlu dijaga dengan baik.

Jam 2.00pm - Perjalanan balik sangat memenatkan sebab beg bertambah berat dengan pakaian2 basah. Alhamdulillah, kami sampai di tempat parking lebih kurang jam 3.30. Bas dah sedia menunggu. Sebelum kami semua sampai di UTM, kami singgah untuk mengisi perut di Restoran Nasi Ayam Basher, Kota Tinggi..


Semuanya heaven dapat makan nasi, dengan air sirap ais lagi tu. Sekejap je ho liao!.. Perut dah kenyang, badan dah penat, mata pun ngantuk. Sekejap je bas sunyi sebab masing2 melayan mimpi (kalau sempat mimpi la)..

Finally, kami sampai UTM kul 5.30 pm. Alhamdulillah..

Program ni akhirnya berjaya mengajar peserta memahami erti persahabatan, bantu-membantu, dna mengambil berat tentang rakan-rakan yang lain ketika menghadapi situasi yang sukar. Perkhemahan ni juga melatih peserta berdikari dengan aktiviti yang bercorak sara diri agar menjadi seorang remaja yang berfikiran matang dan pandai membuat keputusan. Diharapkan kepada Pa'e, selaku pengarah program, teruskan usaha sebegini lagi pada masa akan datang.. InsyaAllah... =)
Read More

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Kedua | 19 Feb 2011

Hari kedua memang hari yang sangat teruja. Hari ni kami akan memanjat Gunung Muntahak. Anna memang berazam untuk sampai ke puncak gunung. InsyaAllah..

Pagi ni kami hanya bersarapan roti dan sardin. Semua diwajibkan makan supaya mendapat bekalan tenaga yang secukupnya. Selepas bersarapan, kami diminta untuk berkumpul pada jam 8.30 pagi untuk taklimat pendakian. Segala pantang larang perlu dipandang serius..



Sebelum mendaki, pendaki perlu melakukan stretching bagi mengelakkan kekejangan otot. Ni merupakan tapak khemah kami. Yang kanvas kat belakang tu tempat kami lepak, makan n solat. Boleh panggil dewan la kot kan.. hehe.. Pendakian bermula jam 9.00 pagi.


Subhanallah.. Cantiknya pemandangan sepanjang pendakian. Dengan air terjun yang sejuk, deras dan jernih. Bunyi deruan air terjun pun dah macam satu alunan muzik yang indah.. Nyaman... Tapi perlu berhati-hati semasa mendaki sebab keadaan yang lembab dan batuan yang licin dan berlumut. Make sure kasut yang dipakai bersesuaian tau. Takut tergelincir. Sepanjang perjalanan juga sentiasa mendaki tepi air terjun, jadinya pantang sampai satu tingkat air terjun, sure nak berendam sekejap. Hehe.. Syiokkk..



Hutan Gunung Muntahak ni boleh la dikatakan masih baru dan masih dalam proses penerokaan, jadinya hutannya masih pure. Kalau u all datang, sure kagum sebab bersih, cantik dan kesan kayu balak tumbang pun belum dialihkan.



Antara cabaran yang dihadapi pendaki adalah seperti rock climbing (ada yang hampir 90 darjah), merentas sungai yang berarus deras dan mengharungi sungai separas pinggang.. Tapi semua tu tak menghalang kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak..



Yang ni tak sure air terjun tingkat berapa.. Masing2 puas mandi even dah kesejukkan.. grrrr...



Finally!!! Gunung Muntahak berjaya ditawan. Alhamdulillah.. walaupun pemandangan tidak secantik gunung2 lain kat atas ni tapi kami puas sebab sepanjang pendakian kami dah disajikan dengan pemandangan yang cukup2 indah.. Actually ada satu puncak lagi yang betul2 puncak, tapi kami tidak dibenarkan untuk ke sana sebab belum selamat untuk pendaki. Jabatan Perhutanan masih mengkaji tentang puncak tertinggi tersebut.



Dah sampai, apa lagi... Makanan la.. Huhu. Masing2 dah kepenatan dan kelaparan. Kami hanya makan roti dan sardin.. Best.. Masa ni jam dah menunjukkan kul11.15 am. Kami dinasihatkan untuk turun sebelum jam 12pm. Dikhuatiri hujan dan arus deras yang mungkin membahayakan pendaki..



Ni air terjun tingkat tiga kalau tak salah. Masa ni dah separuh perjalanan turun. Apa lagi, mandi puas2 lah.. Hampir sejam juga kami bermandi-manda di situ. Jam pun dna menunjukkan kul 2.30. Perjalanan turun agak lambat sebab dah jumpa air, masing2 excited, pastu dah basah, berat lak nak jalan laju. kuikuikui... Adeh! masa ni perut dah berkeroncong... =)




Gambar ni pas dah siap2 mandi. Sampai camp site kul3.30. Sambung mandi air terjun kat camp site, pastu solat n rest menunggu makanan. Gambar yang bawah tu hari ketiga (maaf ye sebab tercampur plk). Disebabkan nasi mmg takde, ramai yang mengadu lapar tahap kapal selam. Jadinya guiders kami (Alip n Ayiem) pun gi la kuar dari hutan membeli bihun goreng kat pekan Kota Tinggi. Diorang cakap ni la 1st time camping diorg makan makanan catering. hehehe.. Apa boleh buat..

Malam tu, pas isyak kami menjamu selera dengan BBQ ayam dan sosej, plus milo tarik. Heheh. Pas makan ada sedikit pengisian tentang 'siapakah diri kita yang sebenarnya'.. Ada yang turut mengalirkan air mata...


Selepas tu,lebih kurang jam 10.30 malam, bermulalah aktiviti yang mendebarkan... Solo Night! Anna ingat nak ngelat la taknak jalan sorang2 masuk hutan, tapi last2 jadi urusetia lagi la berdebar. Tunggu kat check point sorang2 setiap check point dalam kegelapan malam. huhu.. Tapi baru je separuh peserta yang masuk, hujan turun lebat. Alhamdulillah, rezeki. Hehe. Aktiviti dihentikan dan masing2 balik khemah dan tido. Huarghhh.. Best!

OK lah, sambung next entri lak untuk hari ke-3.. Daaa...
Read More

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Pertama | 18 Feb 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Today Anna juz nak share with U all pengalaman Anna dan rakan2 mendaki Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor.

Juz sedikit info tentang Gunung Muntahak:




Gunung Muntahak mempunyai ketinggian 2080 kaki/ 634 m merupakan gunung yang terkenal di Kota Tinggi, Johor. Air terjun Kota Tinggi berpunca daripada gunung ini yang mana ianya mengalir secara bertingkat-tingkat. Ada juga yang menggelarkan Gunung Muntahak sebagai Gunung Air Terjun Tujuh Tingkat. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak Gunung Muntahak adalah antara 2 hingga dua jam setengah. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, kita dapat lihat pelbagai jenis spesis flora yang berwarna warni yang menjadikan pemandangan cantik. Antara tumbuhan yang dapat dilihat adalah pokok resam, rotan kecil, tanduk rusa, periuk kera dan banyak lagi.






Para pendaki perlu melalui kawasan kelapa sawit dan denai hutan sebelum sampai ke kawasan perkhemahan. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang sejam hingga dua jam. Sepanjang perjalanan ini juga kami perlu melalui dua anak sungai. Dinasihatkan kalau nak ke sana, better jangan bawak barang terlalu banyak.. Penat tau sebab nak redah kawasan kelapa sawit lagi, nak harungi sungai lagi.. 






Sepanjang perkhemahan ni, kami memang diajar cara hidup dalam hutan. Survivor tu.. Tapi menurut guiders kami yang macho2 tu ni baru dikira tahap 1 okey.. Bayangkan kalau tahap 2 dan seterusnya camne la kan.. Kami kat sini menghadapi situasi takde toilet awam, takde nasi & lauk pauk, takde bekalan elektrik.. Bayangkan yang gugurl ni bila takde toilet n kena mandi air terjun je. hehehe.. Mula2 mmg la kekok, tapi lama2 dah biasa la.. kehkehkeh.. Malam tu kami makan macaroni goreng n teh o.. nyummy..


Malam tu takde aktiviti yang berat lagi, juz makan2 n berkenalan dengan peserta. Tido awal tu sebab perlu rehat secukupnya sebelum mendaki esok. Chaiyok!
Read More

Sunday, February 13, 2011

Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah | Alhamdulillah Berjalan Lancar...

Assalamualaikum dan salam perpaduan~

Dah lama Anna tak update blog. Hampir seminggu. Seminggu yang lepas Anna and team bz dengan pengurusan Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Seminar ni berlangsung pada 12 Februari 2011 yang bertempat di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM. 

Kalau nak tau details, boleh klik SINI, sebab b4 ni Anna dah share tentang serba sedikit info seminar ni...


Ni antara AJK yang terlibat. Last touch up before hari Seminar. Penat tapi best sebab teruja nak tunggu keesokkan harinya nak jumpa Dato'... 



Rasa bertuah sangat dapat makan semeja dengan Dato'



 Dapat banyak tip yang berguna sepanjang seminar ni.. "Dunia ini tidak sempurna tanpa anda!!" Jadi bagaimana anda memberi sumbangan kepada dunia? Transformmmm!!... Begitu bersemangat Dato' menyampaikan seminar beliau...


Kenapa Anna cakap seminar ni lain daripada yang lain? Sebabnya pengisian yang Dato' sampaikan adalah daripada hasil kajian yang dilakukannya sendiri yang mengambil masa beberapa tahun untuk mengesahkan kesahihan dan ketepatan. Penyampaian yang bersahaja namun penuh bersemangat memberikan kami semua satu perasaan 'terpukau' dan tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas!




Setelah mengenali diri, lakukan transformasi. Memang bukan senang, tapi kesungguhan dalam menjaga elemen penting dalam diri akan membantu kita mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup. "Orang yang hatinya kotor, tidak mungkin menjadi orang yang terbilang...".. Itu antara isi kandungan seminar yang mana menceritakan peranan hati, minda, akal dan tindakan yang sesuai untuk diamalkan bagi menjadikan diri TERBILANG bukan TENGGELAM!!!..





"Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Tuhan. " (H.R Tirmidzi)... Terima kasih kawan kerana sudi berkawan dengan Anna.. (My classmate @ office mate: Anis)..


Semoga ada rezeki untuk berjumpa Dato' lagi di lain masa. =)
Read More

Monday, February 07, 2011

BBQ Housewarming


Salam.. U all sihat? Anna seharian hari ni sakit kepala... Agaknya terlebih banyak makan Kambing BBQ kot. Ngee~ Actually semalam Anna attend jemputan BBQ housewarming my dear fren.. Kt Pulai. Makumlah masuk umah baru. Tengok gambar dulu la baru cerita..


U all perasan tak? perasan tak? erkk.. perasan ape? Hehhe.. Baju kitorang! Kebetulan nak pakai purple okie.. Seyez tak janji pun. Dah kena cop kitorang ni kendarat. huhu.. takpe.. takpe.. 

Gambar 1st yang tengah makan mee goreng tu la puan rumah ni. Oppss.. Bakal puan k.. Aktiviti gurl hanyalah tolong hidangkan makanan. Yang guys kat luar sediakan BBQ yang best. Sambil makan, kitorang layan movie.. Hmm.. Actually kami takde la masak2 macam kenduri tu, sebab tema BBQ ni ala pot luck. Setiap tetamu bawak makanan. Pihak kami sediakan fruit salad, bubur cha-cha, fresh orange, dan kopi-o panas. Antara hidangan lain yang ada, mee goreng, murtabak, Kambing BBQ, Chicken wings BBQ, dan ice cream.. Nyummy.. Kenyang bangat..

Dah habis satu movie, sambung movie lain pulak.. Kami berangkat balik ke UTM jam11.30mlm dengan perut yang kenyang dan mata yang ngantuk. Alhamdulillah, cukup pakej. teheee..

Dikesempatan ni Anna nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Shamsiah & Fakhrul. Semoga kalian sentiasa happy sampai ke Syurga.. Semoga dipermudahkan urusan kalian dalam mendirikan mahligai bahagia bulan depan k.. Ehem.. Jangan lupa, kalau buat makan2 lagi invite la ye. Hahaha..

Baiklah, cukup la sampai sini dulu. Mau tido dah.. Daa.. salam~
Read More

Thursday, February 03, 2011

Khurafat... Apa kata anda??




Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan.

Amalan khurafat yang telah berlaku sejak zaman jahiliyyah sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliyah, mereka yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik,tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan menangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Pada zaman kita ini, ada juga bermacam khurafat antara amalan memuja dan meminta sesuatu dari kuburan atau keramat (amalan ini berlaku dengan hebatnya di sebuah pulau di Melaka), percaya kepada batu, kayu, tangkal dan sebagainya jika digunakan akan mendatangkan sesuatu yang baik dan menghindarkan yang buruk dan banyak lagi contoh yang telah dinyatakan sebelum ini dalam banyak penulisan,ceramah dan sebagainya.

Kita, sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan kebaikan dan berada dalam keredhaan Allah mestilah menjauhi perkara-perkara khurafat, kerana amalan khurafat adalah syirik dan merosakkan iman serta dosanya tidak diampunkan. . Firman Allah yang bermaksud :

...Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar... Al-Nisa 48.


Anna pasti ramai antara U all yang dah ke panggung untuk menonton filem Khurafat arahan Syamsul Yusof. So, apa pendapat U all? Anna baru berkesempatan menonton bersama adik-adik beberapa hari yang lepas. Pada pendapat Anna usaha saudara Syamsul patut dibanggakan kerana ni adalah filem pertama yang diarahkannya berunsur seram. Elemen pengajaran turut diselitkan dan seram yang dipaparkan tidak keterlaluan. Jelmaan jin juga tidaklah terlalu takut sampaikan nak ter........ hehehhe..Cuma ada part2 yang terkejut terutamanya part b4 van terjun gaung tu. Keseluruhannya Anna bagi 3.5 dari 5 bintang. 


Anna ditemani dua orang 'body guard' yang baik. kehkehkeh.. Adik Anna yang sek rendah ni pun rileks je tengok cite ni sambil makan popcorn. Sedar2 dah habiskan popcorn tu tak bagi kakak n abg dia. hohoho~~~


Bagi U all yang masih belum menonton dan rasa berminat, sila cepat2 ke panggung berdekatan sebab tayangan filem ni dah hampir sebulan, nanti tak sempat pulak....

nota-cinta-Anna: Dengar cite Paranormal Activity 2 lagi takottt.. Hmmm.. Tunggu CD je la.. Anna tak sabar tunggu cite Hikayat Merong Mahawangsa nih... =)
Read More

Wednesday, February 02, 2011

Diari vs Jurnal




Assalamualaikum... Apa khabar U all? Anna harap semua sihat la ye.. Entri ni juz nak share tentang DIARI dan JURNAL. Apa beza keduanya ni? Kita selalu dengar, ada rakan kita yang menganggap blognya adalah diari elektronik yang seringkali digunakan untuk mencoretkan pengalaman, kegembiraan dan kesedihan diri individu tersebut. Namun, pernah terfikir tak, mengapa tak disamakan blog dengan Jurnal? Apa bezanya?

Menurut Wikipedia, DIARI bermaksud: rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikut tarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang. Manakala JURNAL pula: mempunyai beberapa maksud yang berkaitan:(1) buku catatan harian tentang pe­ristiwa atau perniagaan; jurnal persendirian dipanggil diari. (2) akhbar atau terbitan berkala harian
majalah atau terbitan berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu, seperti jurnal akademik.

Kesimpulannya, diari juga adalah sebahagian daripada definisi jurnal (betulkan Anna kalau salah ea..).


nota-cinta-anna: Thanks ayah sebab bagi diari yang best tu kat kakak! hehe.. Mujur tak sempat beli diari 2011 lagi. Planner pun juz print out sendiri. Design sendiri guna Microsoft Publisher... huhu..
Read More

Thanks Ellen || Hadiah Dari Sabah Part II




Tadaaaa.... Anna dapat hadiah lagi.. Hadiah ni dapat daripada Sis Ellen... Yg ni pun dapat last week, tapi baru dapat buka sebab sampai di rumah. Thanks ye Ellen.. Tak sabar nak ke Sabah jumpa Ellen.. Ellen, bila nak buat GA atau contest lagi?

U all sure kenal Sis Ellen kan? Jom kita gi melawat rakan kita yang baik hati ni.. Klik SINI...

Read More

Thanks QaQa


Salam.. Entri ringkas untuk say BIG thanks to cik QaQa coz sudi pilih Anna as a winner.. 1st prize tu.. Ni 1st time tau menang contest.. Btw, Anna doakan semoga cik QaQa sentiasa dimurahkan rezeki.. Kalau U all nak tengok list pemenang lain, boleh klik SINI ye..

Satu lagi, nak say sorry juga sebab baru update tentang hadiah ni. Actually dah dapat last month a.k.a last week, tapi bz ke sana-sini dengan pelbagai aktiviti... Hari ni la baru dapat update dengan aman. Huahuahua.. Selamat menjeleskan diri sebab hadiah yang Anna dapat ni best! Ada brooch, rantai tangan dan rantai leher yang ada owl tu.. stylish kan..

Ok la.. daa...

Read More

Tuesday, February 01, 2011

Menari cha-cha!



Siapa minat menari dan pandai menari? Yang pastinya Anna TIDAK pandai menari.. Tapi menari merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan tau. Tapi kena dengan cara yang betul la.. Takkan menari kat Aloha tu menyihatkan kot! Anna suka tengok J Lo dalam movie Shall We Dance yang mana dia memegang watak Paulina. Masa dia menari dengan Richard Gere tu, fuhhh.. step yang kemas..

Rasa cam teringin jek nak belajar menari. Hahaha.. Banyak kebaikannya selain dapat menguruskan badan. Lalalaaa~ Bercakap tentang menari, banyak jenis tarian yang ada kat dunia ni. Antara yang menarik perhatian, tarian tradisional masyarakat Melayu, tarian salsa, tarian cha-cha dan sebagainya. 

Hmm.. agak2 kan, kalaulah pandai menari kan, best jugak kan.. tapi akhirnya Anna tewas dengan yang ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kenal tak?? Haaa.. ni la bubur cha-cha. Tak sure camne bubur ni boleh dapat nama. Yang penting sedap dimakan ketika masih panas ataupun makan sejuk bersama ais krim vanila.. Wahhh.. Balik rumah mmg heaven lah. Macam-macam dapat makan. Beriya-iya berazam nak kurus, tapi makan tak hengat jugak. Hihihi...

Kat tempat U all panggil apa? Ataupun Anna dengar sesetengah tempat bubur ni lain pulak rupanya.. FYI, lebih sedap kalau di tambah sweet corn, sweet potato dan yam. Pastu nak lebih bahan lagi boleh juga guna fish eye sagu tu. mmg superb! =)

Tapi ingat, tak boley makan banyak2, banyak kolestrol ni.. 



Esok menu apa plak ye nak try? Sekali sekala balik kampung... heheh..











Read More