Wednesday, January 26, 2011

Sekadar Renungan




Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati..
Dengan wudhu’ aku disentuh dengan keadaan suci
Aku dipegang, dijunjung..di atas rehal aku dipelajari
Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari…

Sekarang engkau dewasa..kau tak berminat lagi
Apakah aku…hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji???
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
Atau dibuat tangkal untuk menakutkan syaitan

Aku tersingkir..dibiarkan bersendirian dalam kesepian
Di atas almari..di dalam laci…aku dipendamkan
Dulu pagi2..surah2ku engkau baca beberapa halaman
Sekarang sambil minum kopi..engkau baca Berita Harian
Masa lapang engkau baca sastera karangan manusia
Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhan yang Maha Perkasa

Waktu malam engkau baring di depan TV
Menonton pertandingan bola dan lakonan manusia
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk
Masa berlalu…aku menjadi buruk dalam gerobok
Mengumpul debu diselaputi habuk

Apakah suratkhabar, TV, komputer memberimu hikmat..
Bila engkau dikubur..bersendirian menanti kiamat
Engkau didatangi para malaikat untuk pemeriksaan
Hanya dengan ayat2 Tuhanmu engkau akan terselamat

Sekarang engkau begitu leka membuang peluang
Setiap saat berlalu..kuranglah baki usiamu
Dan kubur sentiasa menunggumu
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu..bila2 waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu

Kalau aku dibaca selalu dan dihayati
Di kubur kelak..
Aku datang sebagai seorang pemuda tampan 
Membantu engkau membela diri
Peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari
Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw

Keluarkanlah aku dari almari…sentuhlah aku lagii..
Jangan biarkan aku sendiri..kerana, aku kesunyian…


Wallahu'alam~
Read More

Tuesday, January 25, 2011

Contest blog paling comel, cantik dan kemas

Salam...

Dah lama kot Anna tak join CONTEST. Biasanya join GA je. hehhe.. Hari ni Anna telah di'invite' oleh Cik Princess Sunshine untuk join Contest yang dianjurkan oleh Cik Farzana Farzanto. Hadiah pun cambest kan.. kalau la menang.. hehe.. Tapi rasa cam tak layak je sebab tengok contestant lain semua power-power. Saingan HEBAT belaka.. But, tak salah mencuba kan..





syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangi Boutique  . like dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantikcomel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
Nak ajak:

kasih suci
green lady
sweetsal
jaja'z
shalida


DONE!
Read More

Friday, January 21, 2011

Perihal Hati




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Jumaat lagi. Weekend datang lagi. Bestttt... Tapi banyak perkara yang perlu dilakukan. Antaranya menyiapkan agreement untuk usahawan, dokumen2 untuk tujuan konsultansi dan seminar dan juga filing and planning sepanjang praktikal. Selain tu tesis yang nampaknya tak berapa laju progressnya.. huhu..

Takpa, yang penting siapkan diri untuk menghadapi semua dengan tabah dan sabar. InsyaAllah, Dia maha mendengar rintihan hambaNya. Malam ni Anna nak share tentang HATI. Apa ada pada HATI?

HATI yang gembira adalah ubat yang mujarab
HATI yang keras menemui jalan buntu
HATI yang lembut mendatangkan sahabat
HATI yang tamak menciptakan perangkap
HATI yang bersih menjauhkan masalah
HATI yang licik mendatangkan musuh...

Hmm.. so, HATI yang bagaimana yang kita inginkan? Renung-renungkan~
Read More

Thursday, January 20, 2011

Bermulanya Tugasku

Assalamualaikum..~

Update cepat-cepat ni.. Hehehe..

Alhamdulillah, esok cukup seminggu Anna menjadi kaunselor pelatih.. Even masih baru, namun ada beberapa perkara dah dipelajari. Sepanjang 4 hari ni Anna baru dapat seorang klien, tapi bukan buat sesi, juz pre-session.. Dalam tersenyum, hati tetap berdebar. Layakkah diri ni menjadi kaunselor? Namun, Anna gagahkan juga hati ni untuk kuat menghadapi cabaran... Phewww~ Takut pun ada, bila klien yang datang meletakkan harapan yang tinggi. Semoga Allah permudahkan segala urusan..

Hari Isnin: Lapor diri di Klinik Kaunseling & Psikoterapi.. Takde apa2 yg menarik untuk diceritakan..
Hari Selasa: Membantu supervisor menyiapkan dokumen COPPA (sila google kalau nak tau). Tujuannya adalah untuk mendapatkan MQA dalam beberapa perkara..
Hari Rabu: Perbincangan bersama rakan sejawatan bagi membangunkan klinik dan juga merancang program2 yang relevan. Sebelah petangnya, klinik dikunjungi oleh seorang klien (staff UTM). Juz pre-session dan buat appointment.
Hari Khamis: Cuti... ngeeeeee~
Hari Jumaat: Semoga lebih ramai orang yg sudi datang klinik.. Jom.. Jom.. jangan malu2.. Datang ye... =)

OK lah, jom tengok gambar lak.. hehe..


Ni kat ruang tamu KKP


Antara ruang yang patut U all datang tengok sendiri.. hehe..


Read More

Monday, January 17, 2011

Cinta & Kawan



Salam... Hari ni Anna juz nak share satu cerita tentang CINTA dan KAWAN... Sekadar bacaan ringan petang2 ni, renung2kan dan selamat beramal.. =)

******************************************** 



 Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
 Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
 Kenapa??

 Kerena CINTA itu buta...
 Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
 Kenapa??

 Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!  
 Di dalam telaga CINTA hilang...
 Kenapa??

 Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
 apa lagi dalam telaga yang gelap...
 Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
 Kenapa??

 Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
  kan ??

 so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....




 Walau kita punya couple, teman still paling setia.
 Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


    
Read More

Friday, January 14, 2011

Kaunselor Pelatih




Salam.. Hye.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan2ku.. Anna dah dapat tempat untuk menjalani Latihan Praktikal iaitu di Klinik kaunseling & psikoterapi.. Mungkin ada yg belum familiar atau tak pernah dengar yg UTM ni ada klinik kaunseling. Ye kan? kan? 

Ok, skrg Anna nak promote la sikit klinik ni.. Kami yg ada kat sana bukan doktor perubatan yang ambik medic tu, tapi boleh la dikategori sebagai doktor jiwa. huiihh.. Takut lak dengar. Jgn salah faham.. Actually kami sebagai kaunselor bertugas sebagai medium untuk proses tolong bantu untuk create awareness kat diri individu. Bukan senang tau.. Jgn ingat kami ni penyelesai masalah tau.. Salah konsep tu.. Penyelesai sesuatu masalah adalah diri individu yang menghadapinya itu sendiri.. 

Satu lagi konsep yg telah disalah faham adalah: org yg jumpa kaunselor adalah org yang bermasalah.. selalu dengar ayat ni "Eh, you kaunselor ye, nanti saya ada masalah boleh la jumpe you kan.."

No.. no. no.. Kami bukan peti untuk anda menyimpan masalah.. Sebenarnya kami adalah pendengar yang baik. U all boleh datang jumpa kami even taktau pun apa masalah yang U all ada.. Jumpa kami, kita borak2, finally U all akan dapat sumthing.. Apa tu? hehe.. kena lah datang jumpa dulu baru tau..

U all boleh datang untuk berbincang tentang planning masa depan, cita-cita, nak kongsi kegembiraan dan sebagainya. Selain itu, kalau U all nak buat ujian personaliti pun boleh.. Juz buat appoitment OK..

Hmmm.. kalau nak tau lebih banyak info, sila berkunjung ke blog praktikal Anna.. Boleh klik SINI..

sekian~

Read More

Wednesday, January 12, 2011

Jom Ronda!



Salam.. Tak lama lagi JKM KTF akan menganjurkan satu program kembara khidmat masyarakat yang melibatkan kenderaan bermotor. Lokasi adalah UTM-Kota Tinggi- Simpang Renggam- Kulai- Pekan Nenas-UTM. Tarikh adalah 5 & 6 Mac 2011

Sebagai persediaan, kami perlu survey tempat / lokasi untuk bermalam dan bersinggah.. Maklumlah dalam jumlah yang besar (150 orang), perlu memikirkan keselamatan dan keselesaan peserta. Thanks En Hassan (staff KTF) yang sudi bawa kami survey tempat.


note: Jadual Anna semakin pack dan perlukan komitmen yg tinggi untuk balance antara study dan aktiviti. 
Read More

Sunday, January 09, 2011

Kesibukanku telah mengabaikanmu~

Salam....

Kembali ke dunia kesibukan. Sekarang dah mula semester baru iaitu semeter terakhir Anna. Mudah-mudahan.. Walaupun sem ni hanya ti3a subjek, tapi kesibukannya seperti 10 subjek. huhuhu..

Siapa yang telah Anna abaikan tu? Cian pulak kan? Actually blog kesayangan ni la. Dah jarang sangat nak menjenguk. Rasa segan lak nak pergi bersapa mesra dengan kawan-kawan blogger yang suatu ketika dulu sangat mesra.. Maafkan Anna ye.. Apa boleh Anna buat sekarang, curi masa sedikit untuk update blog.

Semester ni adalah semester yang memerlukan Anna bagi full komitmen kepada latihan praktikal sebagai Kaunselor Pelatih.. Selain itu, Anna juga perlu siapkan portfolio kaunselor dan juga writing Thesis bab 4-5. Hmmm.. Tapi, semuanya dah ditentukanNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Anna bila mana bahan kajian Anna dah siap hampir 40%. Tunggu collect data je skrg sebelum mulakan writing. 

Selain tu, Anna juga diamanahkan untuk menjadi penasihat beberapa program dan projek di kolej kesayangan ni. KTF, GO!!!! Seperti yang U all pernah baca, Anna salah sorang AJK untuk Seminar dengan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.. Selain tu, penasihat untuk Kelab Usahawan, Biro Usahawan & Kerjaya, disamping penasihat Lawatan ke Istana Budaya. Hope kita sama-sama belajar bagaimana untuk melancarkan segala perancangan dan strategi...

Coming event yang perlu hadir pun terlalu banyak. So, harap kamu, kamu, kamu & kamuuuuuu faham ye... hehehe...

Ok lah, jom lunch! Lapoooo.. Daaa...


anna-kata: tertarik dengan satu petikan from one of JKM KTF (Mira): 
A christian guy asked a muslim: Why do your girls cover up their body and hair?The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the christian: ...If I asked you to take one of the sweets which one u will choose? 
The Christian ......replied:... The covered one.
Then the muslim said that's how we treat and see our women :)
Read More

Saturday, January 08, 2011

Friday, January 07, 2011

Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap kita semua ceria-ceria selalu dan diberkati Allah swt.. Dah baca tajuk entri pagi ni? =)


Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Topik: Transformasi Syarikat Menjadi Organisasi Terbilang & Memperkasa Budaya Kerja.
Tarikh: 12 Feb 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Tempat: Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai

TENTATIF SEMINAR

8.45 pg: Pendaftaran peserta
9.20 pg: Bacaan Doa dan alu-aluan penganjur
9.30 pg: Sesi 1- Analisis Kendiri
10.30 pg: Rehat dan perbincangan tidak formal
11.00 pg: Sesi2- Masalah & Cabaran untuk Transformasi
1.00 tgh: Rehat dan Solat Zohor berjemaah
2.15 ptg: Sesi 3- Langkah bijak pekerja cemerlang
3.30 ptg: Sesi 4- Merealisasikan Transformasi Diri
4.30 ptg: Memperkasa Budaya Kerja Terbilang
5.30 ptg: Majlis Bersurai


FORMAT PELAKSANAAN SEMINAR

Kursus ini akan disampaikan dalam bentuk: Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projector, perbincangan, kaunseling peribadi, doa-doa harian.


Siapa yang disasarkan?

1. TERBUKA kepada usahawan, usahawan siswa dan kontraktor
2. TERBUKA kepada jabatan kerajaan
3. TERBUKA kepada orang perseorangan, pertubuhan dan persatuan
4. TERBUKA kepada Staff sokongan atau akademik UTM
5. TERBUKA kepada Pengarah Urusan, Pengarah, Wakil Syarikat yang ingin menjadikan pekerja mereka, pekerja yang produktif dan komitmen.


Anda berminat? TEMPAT ADALAH TERHAD!!! Untuk 300 orang sahaja. Tarikh tutup pendaftaran pada 24 Januari 2011

:::BAYARAN::: RM185.00/ seorang (Termasuk nombor bertuah, fail seminar, nota, sijil dan makan & minum). MURAH SANGAT kan? Kalau kat luar agak2 berapa? Woahhhh... Cepat2lah grab peluang ni tau.. Bagi yang belum bekerja, sijil ni amat berharga untuk memikat hati bakal majikan anda! InsyaAllah~




:::BERMINAT??:::

Sila hubungi Anna sendiri untuk maklumat lanjut di:

012-4202446 (sms/call)
sitizanariah_307@yahoo.com (facebook dan e-mail)



Jom.. jom... Rugi kalau lepaskan peluang sehari bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Read More

Wednesday, January 05, 2011

Berubah-ubah Niat

Gambar sekadar hiasan (Ihsan: Google Image)


Salam... Harap semua sihat hendaknya. Hari ni Anna juz nak share satu cerita yang mungkin dapat memberikan pengajaran dan panduan untuk kita. Jom baca... 

***************************************

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, " Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. 

Namun, ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, " Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin..."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam..." 

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, "Ya Allah, sekiranya aku selamat, aku akan sedekahkan seekor ayam..."

Ribut telah berhenti dan dia telah berada pada kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"

(Sumber: Majalah SOLUSI Isu No. 26)

**************************

PENGAJARAN: Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakanNya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengahrap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakanNya~



p/s: Bersyukur ketika senang lebih sukar daripada meminta pertolonganNya ketika susah. Jadilah orang yang bersyukur yang sentiasa berterima kasih atas segala pemberian Allah... Supaya tidak digolongkan di dalam golongan manusia yang sombong dan tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikanNya.

Wallahu'alam~~
Read More

Sunday, January 02, 2011

Ekspedisi Gunung Belumut

Salam... Cepat je masa berlalu dah 2 Januari 2011. Esok dah bermula sesi perkuliahan. Alhamdulillah, saat2 kepeningan dan kecemasan sepanjang tiga sem lepas berlalu dengan penuh memori manis, pahit, masam dan macam2 lah.. Sem terakhir ni juga yang bakal menentukan Anna layak atau tidak menjadi seorang kaunselor. Berdebar, gelisah, semua perasaan bercampur baur. Doakan Anna berjaya menghadapi segalanya dengan baik..

So, before memulakan perkuliahan dan praktikal esok, Anna dan kawan2 merancang ekspedisi Gunung Belumut.. Wahhh.. dah lama kot tak mendaki Gunung.. Diulangi, mendaki.. Mendaki OK!.. Fuhh.. tinggi jugak Gunung Belumut ni. Terletak di Kluang, Johor yang mana kawasan persekitaran dikelilingi dengan penanaman kelapa sawit. Jalan nak masuk sangat la jauh.. 

So, dengan bekal koey teow goreng selera kelantan dan juga jejemput bawang, kami memulakan ekspedisi. Berdoa supaya tidak hujan. Hati ni girang sebab menikmati kecantikan alam flora dan fauna. Bunyi unggas kedengaran dengan jelas. 

Kami sampai di kaki gunung (Hutan Lipur Gunung Belumut) lebih kurang jam 10 pagi. Wahhh.. sejukkkk.. tak sabarnya nak mandi... Opsss! Mandi??? Hahah.. tadi cakap ekspedisi mendaki... Hehehhe.. Gurau jek. Mana la larat nak mendaki tanpa ada training. Kami ke sini nak bersantai je, bermandi-manda... Air terjun sangat sejuk dan jernih. Before terjun, kami makan dulu bekalan yg dibawa. Mata dok jeling2 air dah.. Heheheh...

Kebetulan masa sampai tu masih belum ramai pengunjung. So, pilih port terbaik lah. Jom intai kami mandi.. Ala-ala puteri Gunung Belumut gitew~ hihi..

Wajib bergambar before memulakan 'ekspedisi'... hihi


Air sejukkkkk sangat! Credit to camera girl: Ayu



Itu sajalah coretan untuk hari ini. Bagi sesiapa yg belum pernah ke Gunung Belumut, silalah ke sana.. Cuma nak bgtau la pengurusan facilities agak mengecewakan. Toiletnya tidak dijaga dengan baik. Susah tau.. huhu..

Ok lah, stop sini dulu.. Pen off~


Read More

New York Cheese Cake




Pagi2 buta dok makan Cheese Cake. Hukhukhuk.. Dah dua hari dok teringin nak makan cheese cake tau. Cuma malas nak kuar gi beli. Nak buat sendiri, wassalammmmm.. hehe.. Mujur la Sis Jue ajak kuar gi Jusco tadi. Even dah malam, hajat nak makan cheese cake terlaksana jua di Secret Recipe.. Yeay!

***************************

U all pernah tak duduk2, tetiba teringin nak makan something yang dah lama tak makan. Anna mmg camtu, even my mom pun dah kenal sgt anak dia ni. Bila nak balik kampung je, mak mesti tanya "balik kali ni teringin nak makan apa pulak? Boleh ayah tolong pi cari siap2..." Ohhh.. camtu la dalamnya kasih sayang parent kat anak2 kan.. Sob3.. rindu pulak... =(

Pernah sekali tu teringin sangat nak makan Cendol. Tak kisah la ada pulut ke tak.. Dua tiga hari jugak mencari, tapi mmg kebetulan tempat2 yg biasa jual cendol tutup lak. Cian kawan Anna, Cik Dina terpaksa melayan jek karenah Anna nakkan cendol. Hahaha.. Finally jumpa juga masa jalan2 kat Pasar Malam Jalan Masjid India.. Keesokkan hari kami ke pasar pagi, jumpa lagi cendol.. Apa lagi.... faham2 lah kan.. hukhuk.. 

Kalau boleh jgn dilayan sgt kan.. Mengada2 je lebih.. Alamak, kek masih tak habis ni. Muak pulak nak habiskan sepotong ni sorang2.. errrr... Lepas makan, tido. OK ke??? Mata dah ngantuk...

K lah, sambung lagi nnt.. 
pen off~
Read More

Saturday, January 01, 2011

Entri Pertama 2011 | 01.01.11

SELAMAT TAHUN BARU.... SELAMAT DATANG 2011

Entri pembukaan 2011. No idea.. Berdebar2 sebab melangkah lagi satu umur. Wahhh.. Banyak plan yang tertunda perlu dilaksanakan sedangkan plan yang akan datang juga perlu diatur sebaiknya. Ya Allah, permudahkan urusanku dan urusan orang2 yang menyayangiku~

Sebagai menghargai seorang sahabat, Anna jadikan entri 1st tahun ni untuk menjawab tag daripada Afiff..

OKla, kita tengok soalan2 cepumas (ada juga cepu cemas ni) :

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
> Benda?? Ape yg penting? Banyak la.. Tapi yg paling penting lappy, external hard disk, hanfon, pen, diary, planner, jam etc..

2. benda terakhir yg korang beli guna duit korang?
> Nasi beriyani gam + ayam masak merah kat Meranti tadi

3. dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang dan apa temanya ?
InsyaAllah kat umah atau dewan kot. Kawasan rumah sempit (tiada halaman yg luas). Tema? Hmm.. Kaler Purple and off white. Simple but nice. Tak minat nak buat grand2 pun. 

4. adakah korang tengah bercinta sekarang ?
> ehem.. ehem.. soalan nakal ni... sejak lahir Anna bercinta OK.. Ramai yang Anna cintakan.. Salah faham soalan ea.. Heheh.. Faham2 sendiri la kan..

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
> sampai ke-Syurga, InsyaAllah..

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ?
> hmm... restoran.. hahaha.. asal bercinta je gi dinner date kan? Klise betul..

7. novel/buku/majalah yg terakhir dibeli ?
> Majalah SOLUSI dan Buku Latihan Sudoku 

8. nama penuh korang ?
> Untuk apa ni? tak mau bgtau boleh? Cari sendiri la ye.. hihi..

9. antara mak ngan ayah.. mana lagi rapat ?
> Masa kecik2 dengan ayah, but now when growing up dengan mak la lebih selesa nak girl talk. kihkihkih..

10. namakan org yg korang betul2 nak jumpa dlm idup korang ?
> jumpa dalam idup ea.. sape ha? Prof DiRaja Ungku Aziz kot. Respect la kat beliau..

11. adakah korang basuh baju sendiri ?
> ye la.. habis? nak suh bibik? no no no.. (datang mana watak bibik tak tau)..

12. dimanakah tempat korang btul2 nak pegi ?
> Makkah, Aussie, Kota Al-Hambra, Kundasang (Sabah), Gunung Kinabalu (Sarawak) bla bla bla.. heheh..

13. pilih satu.. peluk or cium ?
> Aipp!! Ni lagi satu soalan nakal ni.. nak dua2 boley? hahaha.. 

14. beritahu 3 benda ttg orang bagi tag
> Very kind hearted
> Student UTeM
> Antara blogger yang terawal yang Anna kenal dalam dunia blogging ni..

15. lima benda yg paling disayangi dalam hidup
> Boleh tak refer soalan no 1. Terima kasih.. =)

16. lagu yang korang paling suka n selalu dengar ?
> Best friend (Kiroro), Aku dan Dirimu (BCL)-sebab ringtone., Lagu2 Hits dari Maher Zain, Lagu2 dari album One Love Blue...

17. bila tarikh lahir n kat mana korang sambut ?
> 11 ogos. Please ingat tau. Nanti bagi hadiah. Celeb kat mana Anna berada ketika itu la. Biasanya kat bilik (Kolej) je, and akan ada birthday prank.. Sayang U all.. Sil, Azie, Kak aishah, Teha, Nurul Farianah, Kak Fera, Zura.. Miss them much!

18. 5 rakan blogger yg korang nak tag
> dah lama tak men'tag' orang ni.. nak tag :

1. Green lady
3. Kak Ngah
4. Atie Aizam




Read More