Sunday, October 31, 2010

Sambutan Hari Jadi Bersatu (SAHABAT)

Assalamualaikum wbt..

Semalam merupakan program terakhir bagi adik2 JKM batch 2009/10. So far, banyak improvement dalam menganjurkan sesuatu program. Apa yang penting pengalaman yang mengajar individu dalam menjalani kehidupan. Macam2 pengalaman dapat ditimba. Antaranya kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, buat keputusan, atasi konflik, time management dan macam2 lagi lah.. Banyak sangat. 

Sedar2 Anna ni dah tua.. kuikuikui, mujur sedar.. Ye la, pengalaman menjadi JKM dulu dah lama ditinggalkan. Anna JKM batch 2006/07. Now, masih bersemangat nak menyampaikan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman buat adik2 JKM tersayang.. Semoga usaha ni diberkati Allah. 

Teringat pesanan Puan Marzilah (pengetua) pagi tadi masa otw ke PK..

" Jangan sesekali kita ingat MASA adalah hak kita! Masa adalah hak Allah yang mutlak. Kita cuma dipinjamkan masa untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifahnya. Kalau kita sombong dengan masa yang kita ada, jangan bersedih pulak bila masa kita diambil semula olehNya. Jadi, luangkan masa sebaiknya untuk menjalankan amanah...."

Sangat terkesan dengan kata2 beliau. Beliau sentiasa memberi semangat supaya jgn mengeluh walau sesibuk mana urusan kolej yg perlu dilakukan. Lakukan dengan rela dan redha. Alhamdulillah, Anna tersedar.. Thanks Puan.. =)

Buat rakan2 seperjuangan, kita adalah pemimpin yang memimpin dan dipimpin. Jadi, bersama2lah kita membantu rakan2 sedaya upaya kita.. Kepada yang belum kenal rapat dengan Puan Mar, eloklah mula mengenali Puan dari pelbagai sudut. Setiap kata2nya adalah MUTIARA.. 

OK lah, terpanjang juga entri ni. Ingat nak tulis sikit je. hehhehe... Ni antara gambar program semalam. Layannnnnn~~~

Anna celeb birthday Fasa III
Bersama cik kasih dan cik liyya


Potong kek! Nyummy.. Choc Moist
Mug sebagai cenderahati


a: Layout dewan: before tetamu memenuhi ruang dewan
b: Ucapan daripada Puan Marzilah
c: Hidangan: Nasi ayam black pepper, buah2an, kek dan air
d: Games after dinner. Musical Chair dan Kaki Belon

Selain itu, ada cabutan bertuah, hadiah kepada miss sporting untuk setiap bulan kelahiran dan juga hadiah kepada pemenang dua games tu. Best... =)


anna-kata: menanti kemunculan adik2 JKM batch 2010/11 pula.. Selesai sudah sesi interview mereka. Macam2 janji diluahkan. Semoga bukan sekadar janji tinggal janji, tetapi janji yang disertai dengan komitmen dan pengorbanan yang ikhlas~


Read More

Thesis oh Thesis!


Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan ku. Hanya padaMu ku memohon semoga diberi kekuatan untuk terus melakukan yang terbaik.

Draft thesis dah disemak, Alhamdulillah supervisor dah bagi green light untuk teruskan bab 4 dan bab 5. Cuma ada sedikit lagi pembetulan dan penambahbaikan. Hopefully minggu depan dapat siapkan dan hantar bab 1 hingga bab 3 dengan senang hati sebab final exam dah dekat. 1st paper 12 nov. Buku belum buka lagi untuk exam sebab masih mencari bahan untuk thesis tersayang ni.

Doakan Anna ye kawan-kawan. Semoga kita semua diberkatiNya, insyaAllah~~ =).. Maaf andai Anna tidak sempat membuat kunjung balas kat blog U all. Masa perlu digunakan sebaiknya. Lepas exam, Anna akan kembali aktifkan aktiviti BW. Hehhe.. Love U all!!
Read More

Saturday, October 30, 2010

Nina's Collections Giveaway




Sempena perasmian pembukaan Nina's Collections,
 jom kita ramai2 support Nina untuk GA yang superb best ni..
Nak tau sila klik SINI

Nak tag:
miss sunsweetsz
sweetsal
coklahchoc4u





TARIKH TUTUP 


adalah pada 1 DISEMBER 2010
Read More

Human Development

Assalamualaikum..

29 October 2010: Kelas terakhir untuk sem ni.. HUMAN DEVELOPMENT.. Thanks to our beloved lecturer Dr Nora Binti Mislan.. Hope soalan final exam tak susah macam test-test yang dapat markah rendah tu.. huhuhu.. Carry mark agak tidak memberangsangkan, tapi tetap enjoy with the food. Hhehe~~

Koey Teow Goreng + Satay + Kek Choc


Bergambar beramai2 setelah kekenyangan


Cuba teka yang mana satu our lecturer?? Hihi~~


Semoga berjumpa lagi dengan U all di hari menjawab soalan. Bagi sesiapa nak nak amik kelas Dr Nora lagi, sem depan beliau mengajar Personality Psychology... =)





Read More

Thursday, October 28, 2010

Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam

Assalamualaikum.. 
Semoga kita semua dirahmatiNya..

U all perasan tak sejak dua menjak ni macam2 isu dan kes diwar-warkan kat FB. Yang betul, OK, tapi yang khabar angin, propaganda, fitnah dan unsur2 tak baik tu yg sepatutnya kita kaji betul2.. Bukan apa, kadang2 ada antara kita ni yg main 'like' je sesuka hati padahal tak tau ape tujuan group tu ditubuhkan. Kadang2 tajuk lain, tapi isi kandungan lain. Haih!


klik untuk besarkan


Berbalik kepada tujuan asal: Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam.
Klik sini uuntuk ke page tersebut ---> Facebook

U all ada tak 'LIKE' page ni kat FB? Better gi check. Kalau ada, baik lah klik 'UNLIKE' semula. Anna tgk kat list of friends Anna ada 24 org kawan yg like group ni. Anna sendiri juga tak sure ape tujuan admin ni wujudkan group ni. Anna tak pernah join, dan tak tau ape ada dalam tu, tapi gambar2 yg ditag oleh orang lain sgt memalukan dan memualkan. Tapi bak kata satu sumber, admin group tu bukan org MALAYSIA! So, what da point? Kalau betul tujuan untuk gather MUSLIM of the WORLD, that's the good effort. Tapi macam mana kalau tujuannya adalah untuk menghina? Wallahu'alam. Berhati2 lah dengan apa yg kita baca kat FB lately. Banyak sangat yang mengelirukan.

Marilah ramai2 kita report supaya page group ni ditutup! Supaya tiada lagi penghinaan ke atas agama Islam. Admin dia nampaknya dah lama tak update. So, kafir laknatullah sentiasa menghentam dan menghina page ni. Allahu Akbar!

Jom baca maklumat yang lebih details kat sini (PENTING!!!!!). Sama2 fikirkannya kenapa perkara ni berlaku.



Read More

Wednesday, October 27, 2010

Saya suka dia, sayang dia..

Saya suka dia sebab dia baik
Saya sayang dia sebab dia sayang saya
Saya setia dengan dia sebab dia pun setia dengan saya..


hehehe..

Siapa DIA yang dimaksudkan di sini..??

DIA tu adalah;

1. My Lovely Dear BLOG: Blue Crystal

Sebab ada blog ni la Anna rajin membaca, menulis dan mengira (3 M, dalam KBSR) ehhe! Pastu tambah kenalan dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Even tak selalu berborak, tapi Anna tau, bonding together tu ada.. =)

2. Mr Handsome Nuffnang!

Alhamdulillah, berkat kesabaran dengan kekangan waktu ni, Mr Nuff still tak jemu2 bagi BE untuk Anna. Thanks a lot. That's why la I sayang n suka U. I janji, I sentiasa setia tau. Hahhaa~

Tadi saje je check akaun nuffnang, tanpa disangka ada lagi satu BE melekat kat BC ni. Best bangat sih! Even ada satu tu dah menambahkan jumlah ME, tapi takpe ada pengganti. Yang bestnya BE yang baru ni adalah Pizza Hut Commercial. Baru je mamam semalam ngan kawan2.. Mmg sedap la. Berbaloi..


We all try chicken mushroom. Pepperoni dah habis.



BE Pizza yang menjadikan jumlah BE Anna yang ke-10 untuk BC




Kadang-kadang, kita tak nampak pun rezeki yang Allah dah bagi. Rezeki ada je kat mana-mana, yg penting pandai2 la kita cari. Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal, baru la dapat DUIT. Alhamdulillah syukur sangat dengan rezeki yang tidak disangka2 sebelum ni. Thanks to my classmate Mr Omar coz help me a lot to gain more money. Hehhee.. Waiting for another project. Vitamin Cinta at Singapore! =)


Read More

Pizza Time

Salam...


Nekad! Nekad! Hari ni tak mau makan nasi. Heheh.. Hari ni je la okey.. Esok makan la.. Semalam makan dengan banyaknye. Petang semalam jamuan kat kelas. Malam kitorang gi PIZZA HUT lak. Thanks sweety miss liyya and my best buddy cik Kasih. We have da great moments together..

We all try new recipe from PIZZA HUT. Saja try sebab cam terliur je tgk iklan kat TV tu. Hehe.. So, lokasi kami Pizza Hut, Jusco Taman U. Nyummy.. sedap sangat2... Mujur dah makan, kalau tak memang kempunan lah. Silap2 termimpi2.. Pizza ni include 6 jenis cheese (parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone and Monterey Jack). Wahhh~~ Semua cheese yang sedap dan lazat! Kalau dah peminat Pizza tu mmg tak leh cakap ape la kan.. Every new menu should be try!


Extreme 6 cheesy Pizza Chicken Mushroom + 
Masala Chicken Meatball




Drink: 7Up Revive, Passion Fizz, Mocha Freze +
side dish: mushroom soup, ginger bread



Sape2 yang belum try, cube la.. rasa cheese yg melimpah ruah. Mmg best ketika masih panas.. Bau cheese yang wangi dan menyelerakan!


I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!


Read More

Cognitive Psychology

Salam~

Simple update! Juz feeling happy because minggu ni adalah minggu terakhir perkuliahan. Tapi apa yang merisaukan adalah FINAL EXAM. Thesis dalam proses and hopefully semuanya OK. Dah jam 4 pagi ni, tapi mata tak leh nak lelap. Dalam mood hepi ni pun, still banyak benda yg perlu difikirkan dan diberi perhatian. Hmmm.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini...

***************************

Cerita Hujung Sem Part II

Tadi (actually semalam la kan) last kelas untuk Cognitive Psychology. Kelas Dr Nora. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dah hujung sem. Dikesempatan ni, before kami semua buat revision for final exam, ada pula sesi makan-makan. Mmg best! Macam-macam makanan. Masing-masing bawak pot luck.. Main menu, roti jala n kuih muih. Ni antara gambar yg dapat dikongsi~~~






p/s: Sedang menghitung hari... huhuh...

Read More

Tuesday, October 26, 2010

1st Lucky Draw by Atie Aizam

Assalamualaikum

Situasi: Tengah restkan otak sambil baca2 entri rakan2 blogger.
Mood: Relax and Cool~
Idea: Join Giveaway and Lucky Draw. Jumpa yg menarik! Nak join... nak join.. Hhehe..


1st Lucky Draw by Atie Aizam




Jom check syarat2~
Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger
[of course]
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
[dah follow =)]
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
[dah tentu]
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda
[nak ajak cik kasih. my best buddy]


Tarikh Tutup: 30 November 2010


Hadiah best! Hope ada la rezeki kan... 
laptop accessories
ada 10 brg dlm box ni termasuk mouse,
cable lock dan sebagainye.. :)

DONE!
Read More

Monday, October 25, 2010

Soya pun ada banyak keburukan?

SALAM~Hari ni Anna de entry menarik tuk share ngan U all.... sape suka soya angkat tangan!!!!haa... Ramai.. ramai.. Bagus.. Anna juga suka soya, terutamanya taufu fah (tau kan ape benda tu? yang cik pah jual kat pasar malam tu.. hehehe).. nyummy.. Tapi tadi Anna terbaca tentang keburukan soya ni kat FB one of my friend. Disebabkan limited info kat situ, Anna pun search la lagi info. Juz nak sharing... Lagi pun Anna mmg penggemar SOYA!! 


sila la baca~

********************************************
Yang ni artikel dari FB my fren tu~

"Soya ni sebenarnya membahayakan kesihatan tubuh, lelaki dan perempuan. Atau lebih tepat, kesuburan. Katanya minum soya boleh melemahkan kesuburan dan tenaga?? Betul ke?? Jom kita selidik..

ANTARA KEBURUKAN SOYA (yang tak suka baca perkataan medik jangan baca):

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??

Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)

Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially). Memang sah-sah kau kena batal niat nak minum soya balik kerja nanti. Heheh.**sekarang baru saya faham kenapa orang dulu suka sangat buat soya jadi tempe. Tak pun orang Jepun yang makan natto yang melekit-lekit tu. Ataupun orang Hong Kong yang suka sangat makan tauhu busuk.Jadi mari kita sama-sama cakap, "OOOOOO...."

********* artikel tamat di sini***********

Anna tak cakap semua maklumat kat atas tu betul atau semuanya salah. Mungkin kajian yang lebih terperinci perlu diadakan. Tak pun, mmg dah ada kajian, cuma kita yg jarang membaca. Anna confuse la jugak kalau kebaikan soya diragui. Sebab selama ni mmg percaya SOYA memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. So, kat sini Anna nyatakan sedikit info tambahan untuk U all yang mana nak tau lebih lanjut..

1. "Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma." BACA LAGI KAT SINI.

2. "Ada kajian menegaskan bahawa susu soya adalah baik untuk kesihatan. Pengkaji mengatakan susu soya lebih baik daripada susu lembu kerana susu pertama yang dihasilkan ibu lembu adalah untuk anak lembu, dan yang kedua, susu lembu akan bercampur dengan hormon yang ada pada lembu. Dewasa ini, ramai yang  pandai menghasilkan minuman soya di rumah. Jadi, kebersihan dan keselamatan meminum susu soya adalah terjamin kerana tidak dicampur dengan bahan pengawet dan pewarna"BACA LAGI KAT SINI.

3. "Hasil kajian ke atas manusia, terdapat terlalu banyak bukti yang menyatakan 2 hingga 3 hidangan soya adalah sangat selamat, dan mempunyai potensi untuk melawan penyakit". BACA LAGI KAT SINI.

4. " Soya mengandungi pelbagai sumber kesihatan yang baik seperti phytochemical , anti-oksida dan juga pelbagai minyak dan nutrien yang baik dan dapat membantu kita untuk mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan keradangan". BACA LAGI KAT SINI.


******************************************

So, Amacam? Dah baca? So, U all sendiri decide nak consume SOYA atau tak. Pada pendapat Anna SOYA memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Cuma bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, elok lah dapatkan nasihat DOKTOR before mengambil makanan dan minuman berasaskan soya, supaya tidak memudaratkan kesihatan. Jangan sebab kecuaian kita menjaga kesihatan, kita menyalahkan SOYA sebagai penyebab penyakit~~ -Juz pendapat peribadi-


Sedapnya tempe. ehhe~


Sekian (^_^)



Read More

Thursday, October 21, 2010

Cerita Hujung Sem

Assalamualaikum~

Lama dah rasanya Anna tak beramah mesra dengan U all kat blog kan? Nak blogwalking pun jarang-jarang. Actually sekarang saat2 getir untuk habiskan sem ni. Dah tahap kecemasan dah sebenarnya. BTW, Anna ambik masa sikit la nak update blog terchenta ni. Kang majuk lak dia susah kan.. Hehehe..

Alhamdulillah, dalam kesulitan dan kesempitan sekarang ni, Allah permudahkan segalanya. Anna dapat new job yang sedikit sebanyak dapat membiayai perbelanjaan Anna hujung2 sem ni. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan segalanya... Yang penting sabar, sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. InsyaAllah, ada lah rezeki yang menanti. =)

Tadi kelas last untuk subjek Foundation of Teaching III. Seronok sangat. Tapi dalam masa yang sama, turut rasa sedih sebab beberapa orang classmate akan grad sem ni. Means sem depan hanya tinggal separuh daripada kitorg ni yg akan meneruskan perjuangan! Tahniah diucapkan kepada mereka. 

Hmm.. Actually niat nak update blog juz nak coretkan perihal personal je. Sekadar coretan harian, tapi tiba2 teringat yg dapat DARK CHOCOLATE daripada Singaporean classmate tadi. Best3.. Love CHOCOLATE soooo much! So, Anna nak berkongsi beberapa fakta tentang Chocolate yg ramai takut nak consume sebab takot gumuks! Tapi bukan Anna la org itu, sebab bab choc mmg tak tolak la. Hehehe~~



Antara fakta menarik tentang COKLAT!



FACT 1 – COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN
Kandungan utama coklat adalah lemak dan gula, tapi kegemukkan datang apabila makan dengan jumlah yang banyak. Namun coklat bukan faktor utama kegemukkan. Seketul coklat persamaan 47gm atau10% daripada jumlah kalori seharian. Orang switzerland makan lebih daripada 9000gm coklat setiap tahun tetapi peratus kegemukkan mereka adalah sangat rendah.

FACT 2: KANDUNGAN KAFEIN RENDAH
Seketul coklat hitam (30gm) mengandungi 10 – 30 mg kafein manakala segelas kopi terdapat 100 mg kafein. ini menunjukkan bahawa kopi lebih membahayakan kesihatan jika dibandingkan dengan coklat. coklat juga elok untuk peredaran darah. Oleh itu, Orang yang berkelasterol rendah boleh makan coklat tanpa ragu – ragu.

FACT 3: COKLAT MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN
Kajian menunjukkan kandungan antioksidan coklat 4 kali ganda berbanding teh merah. Ia berkesan bagi mencegah saluran darah tersumbat, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

FACT 4: COKLAT MENCEGAH KEMURUNGAN
Coklat mengandungi phenetylamine, sejenis bahan kimia yang berkesan untuk mencegah kemurungan. Ramai doktor menggunakan coklat sebagai ubat semula jadi bagi mencegahnya. Ini kerana setiap 100 gm coklat mempunyai 410 mg megnasium yang berupaya menenangkan fikiran.

FACT 5: COKLAT LINDUNGI GIGI
Menurut kajian Universiti Osaka, bahan antibakteria dalam koko boleh mencegak kandungantinggi gula lalu mengurangkan kerosakan gigi. Lagipun bahaya coklat terhadap gigi lebih rendah daripada snek manis yang lain.

FACT 6: COKLAT KUATKAN BADAN
Coklat berperanan menguatkan sistem imun badan. Ia mampu mengurangkan risiko jangkitan selesema. Kandungan flavanoid berfungsi menguatkan pertahanan badan serta mencegah barah dan penyakit jantung.

FACT 7: COKLAT PENUH BERKHASIAT
Antara pelabagi jenis coklat, coklat hitam mempunyai kandungan gula dan lemak yang paling rendah. Coklat hitam mempunyai kandungan baik seperti kalsium, magnesium, zat besi, fosforus dan tembaga yang bermanfaat kepada manusia. Apabila seseorang lapar, coklat merupakan pilihan terbaik jika dibandingkan dari biskut atau kek. sebab otulah para pendaki gunung atau jungle trekker, mereka lebih suka untuk membawa coklat daripada bawa makanan lain bersama keran coklat ringan, mudah dan mengenyangkan.



Nyummy.. Sedapnya FERRERO Rondnoir Specialties!
Thanks~

Chocolate: Cocoa is rich in flavonoids—the same heart-healthy compounds found in red wine and green tea. In a recent study, Greek researchers found that consuming dark chocolate containing 100 milligrams of flavonoids relaxes your blood vessels, improving bloodflow to the heart.


Read More