Tuesday, August 31, 2010

30 Perkara Perempuan Tidak Sempat Beritahu Pada Lelaki

SALAM 1 MALAYSIA....!!


Sekadar berkongsi artikel yg menarik dgn U all. Jom baca.. :)



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan...!!!

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Read More

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 53

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Begitulah laungan keramat yang begitu bersemangat. Setiap kali merdeka, tentu ramai yang terfikir, merdekakah kita? Sejauh mana kita meletakkan erti kemerdekaan di dalam diri kita? 

Biila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Anna rasa, tak perlulah nak buat entri panjang2. Tentu U all boleh google je kalau nak tau tentang sejarah penubuhan Malaysia, Pencipta Jalur Gemilang, Tahun-tahun Pemerintahan Perdana Menteri Malaysia, Pencipta Lagu Negaraku dan sebagainya..

Juz pagi ni Anna nak share tentang Senarai Perdana Menteri Malaysia.


Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
BAPA KEMERDEKAAN
1957-1970

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
BAPA PEMBANGUNAN
1970-1976

Tun Hussein bin Dato' Onn
BAPA PERPADUAN
1976-1981

Tun Dr. Mahathir Mohamad
BAPA PEMODENAN
1981-2003

Tun Abdullah Ahmad Badawi
BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
2003-2009

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
BAPA TRANSFORMASI
2009-kini


Semoga perjuangan dan ideologi mereka akan diberkati Allah dan seterusnya mendatangkan kebaikan kepada semua..



Kenangan: RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT
24, 25 dan 26 Ogos 2007
Batu Pahat, Johor

* Bergambar beramai2 dengan YB Dato' Noraini ~ Kibarkan Jalur Gemilang!


Read More

Sunday, August 29, 2010

Murni Ramadhan di KTF: Kenangan Terindah

Assalamualaikum...~

Alhamdulillah, hari ni dah 19 hari umat Islam berpuasa. Kemeriahan untuk berhari raya semakin terasa apabila masing-masing sudah sibuk keluar mencari baju raya, kuih raya, perabot raya.. hhihihi.. macam2 lagi lah nak beraya.. Ketibaan Hari Raya mmg dinanti2kan. Namun, dalam sibuk kita bergembira shopping untuk raya, ingatkah kita pada yang tidak berkemampuan untuk menyambut hari raya sesempurna orang lain? Adakah kita sedar, definisi hari raya bagi setiap org adalah berbeza? Sedarkah....?

Tadi, Anna berkesempatan untuk berbuka puasa bersama golongan yang kurang berkemampuan. Mereka ini daripada empat buah kampung yang dipilih daripada Daerah Kulai. Majlis berbuka puasa ni adalah penutup bagi program MURNI RAMADHAN 6 2010. Sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan penajaan dan sumbangan bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Program MR-6 ni anjuran JKM KTF.. Alhamdulillah, ramai yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Walaupun gerak kerja yang diakukan agak ad-hoc, namun segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Majlis dimulakan jam 5.30 pm dengan acara Khatam Al-Quran. Pada jam 6.00 pm penduduk kampung tiba dengan menaiki bas UTM. Mereka berkumpul di dalam dewan sementara menunggu waktu berbuka puasa.. Setelah ucapan daripada Pengarah Program, Pengetua Kolej dan Penggawa Kampung, acara penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung pula. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur dan juga wang tunai. Setelah itu, video kekejaman Israel terhadap Palestine pula ditayangkan.. Subhanallah..!!! Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak berada dalam keadaan seperti di sana. Sayu sangat hati tengok kekejaman dan kejahatan mereka! Video selama 30 minit tersebut tidak sempat dipertontonkan sehingga tamat memandangkan azan bakal berkumandang...


************************************************************


Alhamdulillah... kenyang.. Menu utama Nasi Beriyani dengan ayam masak merah, daging kurma, dalca dan acar nenas. Menu tambahan, kuih muih dan jejemput bilis. Tidak tergambar kegembiraan dan kesyukuran di wajah orang-orang kampung dapat berbuka bersama kami. Setelah menjamu selera, bersolat berjemaah di Dewan Sri Alam, KTF. Mereka berangkat pulang jam 9.00 pm.

Sedikit gambar sebagai pelengkap story.. hehhehe...


A: Macam biasa, nak bergambar sebelum makan. Masa ni baru jam 6.30 pm
B: Selepas makan. Bergambar dengan kekenyangan
C: Takde motif pun gambar ni. Saje2..
D: Bergambar kenangan bersama Pemb. Felo dan adik JKM
E: Bee dan Ranjeni, antara org kuat majlis ni. Baru makan lepas semua selesai. Semangat 1 Malaysia!

****************************************************

Tiba-tiba terkenang pertama kali MURNI RAMADHAN ni di adakan di KTF. Pengasasnya adalah Saudari Masayu binti Shafie. Miss u lot sis. Tanpa kak ayu, mungkin KTF takde acara tahunan Ramadhan seperti ini. Walaupun pengurusan dan perjalanan program agak berbeza dengan yang asal, namun matlamat dan objektif tetap sama. 

Murni Ramadhan 1, kak ayu organize bersama kawan2nya, Murni Ramadhan-2 lah kak ayu membawanya ke dalam KTF. Masa tu Anna 1st year dan kak ayu JKM. Mmg best. Demi mencari sumbangan yang banyak, kami design kad raya, cetak dan jual sendiri. Lepas terawih gi ke kolej2 lain untuk jual. Waktu ofis hour kami kutip sumbangan di kalangan student dan lecturer. Waktu petang kami kutip di kalangan student KTF. Selain tu, kami juga mengumpul pakaian daripada pelajar dan pensyarah untuk diberikan kepada golongan susah tersebut. Sumbangan yg kami dapat juga digunakan untuk menampung keperluan kami berbuka di rumah mereka. Masa ni lah digunakan sebaiknya untuk menginsafkan diri kita. Kalau U all nak tau ceritanya boleh BACA SINI..

MR-3, Anna and team lak organize memandangkan kak ayu dah grad. Masa ni Anna JKM KTF.. Pengalaman semua tu masih tersimpan kemas dalam memori ni. Sangat mahal dan penuh bermakna~~~ Semoga MURNI RAMADHAN ni terus diadakan setiap tahun di KTF..


Gambar Kenangan MURNI RAMADHAN 2..

Adik2 comel tu dari Kampung Pok dan Kampung Tiram Duku, Gelang Patah



Antara sumbangan yang terkumpul untuk diagihkan



" KETAHUILAH bahawa pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak akan berkembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan), dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, mereka yang melakukannya peroleh pahalaberganda-ganda."

Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat mengundang limpahan berkat~~~



Read More

Award Dari Zaer dan Cik Tom

Selamat Malam Semua....

Entri ni ditulis ketika mata sudah berat meronta2 nak suh tido. Hehehe.. Maybe juz a simple entri.. Anna juz nak update dua AWARD yang Anna dapat daripada rakan blogger yang Anna rasa U all sedia mengenali mereka berdua ni. :) 

**************************************************************

OK, award pertama ni datangnya dari ZAER.. Dah beberapa hari nak publish, tapi tak sempat2 lagi sebabnya takde mood nak update blog. Jom tgk ape awardnye..






Anna pun tak sure award ni apa namanya.. Yang bestnye, takde nak kena jawab soalan ape2 pun. Publish je.. Hehehe... Thanks again ZAER...

Anna nak tag:


*********************************************************************

OK, yang kedua, datang daripada CIK TOM. Ala, gadis manis yang suka tomato tu.. Heheh.. Ni pun dah beberapa hari simpan dalam draft. Thanks ye CIK TOM, actually pernah dah dapat award ni, tapi sebagai penghargaan atas pemberian, Anna buat juga entri ni ye, tapi maaf la lambat sikit. :)




Dan mengikut tulisannya, bagi melengkapkan penerimaan award ni, aku kena write down 5 nama ni dulu (tujuannya adalah sama-sama meningkatkan trafic).. aku buat, so orang yang di tag pun kena buat...baru lah leh ambik award ni..

5 blogger itu ialah:
1. 
Roshazzy Shag
2. 
Lynn 
3. Makbed 
4. Lulu Caldina 
5. Gen2Merah

Sebelum anda meletakkan links di atas, padamkan link di posisi 1. Naik kan link berikutnya [2 dan seterusnya] 1 peringkat. Contoh, posisi 2 di naikkan ke posisi 1 dan di ikuti dengan posisi berikutnya. Di posisi 5, masukkan link blog anda. Kejujuran adalah penting. Jika semua penerima anugerah mampu memberikan anugerah ini kepada 5 bloggers lain, dan mereka berjaya meletakkan links dengan betul, maka jumlah backlink yang di dapat adalah :

Posisi 5 = 5 backlinks
Posisi 4 = 25 backlinks
Posisi 3 = 125 backlinks
Posisi 2 = 625 backlinks
Posisi 1 = 3,125 backlinks
"Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation), ramai bloggers telah mendapat 1,923,125backlinks dan keuntungannya blog anda akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik ke blog anda"
So, saya nak jemput, 5 orang teman blogger saya, untuk bersama-sama meramaikan 'usaha murni' ni...



mereka yang bertuah adalah:
 (later Anna masukkan... ngantuk dah ni. huhu)

ok..... Anda boleh sambung... 

4) Anna
5) ______________ (isikan nama anda lak kat sini)


p/s: yang atas n bawah tue sikit je cik tom edit..yang lain copy paste bulat2. huhu... (yg ni anna lak yg copy paste ayat cik tom)..




SEKIAN~











Read More

Thursday, August 26, 2010

Award Dari Ellen

Selamat pagi. Semoga ceria hari  ni.. :)

Pagi2 yang sejuk dan syahdu (erkk ye je) ni Anna nak kongsi dengan U all tentang award cantik dan comel Anna dapat. Actually dapat semalam, tapi takde kesempatan lagi nak buat. So, pagi ni adalah masa terbaik untuk update blog.. 

Award yang cantik ni telah dianugerahkan daripada kawan baik Anna kat dunia blog ni. U all sure kenal: ELLEN yg sangat peramah dan happy go lucky ni. Thanks ye ELLEN.. Baru je sebulan berbelog, tapi follower dia dah 555. Wow.. Tidak syak lagi, mmg peramah. Sangat senang berkawan dengan Ellen tau. Even Skudai and Sabah jauh, tapi kami tetap rasa dekat.. OK lah, tanpa buang masa jom tgk award ni

:
:

:
ok ini award nya...



Alahai, comelnye.. Suka dengan bentuk dan kaler award ni. Word Beautiful Blogger tu ternyatalah untuk penerima award kan? Tapi pemberi Award pun secara automatik la beautiful kan? Cantik ni subjektif.. Tak semestinya muka cam Lisa Surihani je dikatakan cantik. Atau ada juga kata Tyra Bank tu cantik.. Beautiful is in the eye of the beholder kan? =)

K lah, dah dapat award kena tag.. Anna tag semua follower blog Anna yang baik hati ye. Sudi2 la ambik ye. U all mmg sentiasa beautiful in my eyes.. ^_^

Sekian~
Read More

Wednesday, August 25, 2010

Award Dari Emieysandra


Selamat bersahur... =)

Awal2 pagi ni ingat nak buat assignment, tapi dah stop rehat jap, dah nak masuk gear balik susah lak. Layan blog jap la.. Tadi check shoutbox ramai yg sudi singgah. Anna berusaha untuk jejaki balik. Kalau ada yg terlepas tu, harap jgn marah or berkecil hati ea. Huhu.. Sambil belek2 tu, Anna terbaca la shout daripada salah sorg rakan di alam maya Anna ni. Rupanya dalam lama Anna tak aktifkan diri dengan blog pun, masih ada insan yg sudi bagi AWARD.. Lalalala~

Award yang comel bangat ni datangnya dari cik emieysandra. Thanks ye Emiey.. Tapi kalau nak ambik award ni, perlulah jawab soalan di bawah ni;


1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
1. Nasi kerabu
2. Ayam percik
3. Puding
4. Taufu Fah
5. Murtabak
6. Nasi Ambang
7. Quacker Oat + Milo (aik.. takde kat bazar la. Buat sahur je)




2. Kemudian, tag 5 rakan blogger yang lain.
4. Mus

inilah awardnyer.
:
:
:

 

Sangat cantik + cute sebab kaler purple. Friendly.. :)
Read More

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa di D'Restoran Kampung Nelayan

Assalamualaikum~

Dah lama rasanya tak jenguk blog ni... Ada yang rindu ke? Heheh.. Sekarang ni Anna terrrrlaluuuu sibuk dengan assignment yang bertimbun. Kebanyakkannya nak kena sattle b4 balik bercuti HARI RAYA. Sebab lepas raya ada mid term exam lak. Huhu..

Actually hari ni rezeki berbuka puasa FREE.. Best.. best.. We all gi dengan bas (3 buah). Ramai tau join. Lokasi untuk berbuka puasa hari ni adalah D'Restoran Kampung Nelayan, Ladang Pendas, Gelang Patah. Sebenarnya pihak Kolej bagi penghargaan kepada semua atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) baru-baru ni. Jom layan gambar2 dulu..

Wajah ceria sebab nak makan free.. hehe. Gambar b4 bertolak. 6.00 pm


Dalam perjalanan ke Gelang Patah punyelah jammed. Dah hampir kul 7.00 pm kami semua masih dalam perjalanan. Lastly, kedengaranlah azan berkumandang. Berbuka puasa makan gula-gula. Hihi. Alhamdulillah~ We all sampai sana kul7.20 pm. Sampai je terus makan. Tak sempat nak ambil gambar hidangan. Hidangan bertema seafood. Nasi putih, sotong goreng tepung, udang sweet sour, siakap 3 rasa, sayur chap cai.

Bergambar setelah solat Maghrib. Perut dah kenyang~ Lalalala..

Sebelum bertolak balik, sempat la bergambar. Kami bertolak balik UTM kul 9.00 pm. Dalam perjalanan balik tu sempat lagi tertido. Semalam tak tido siapkan keje. Sampai mata pun dah jadi mata panda dah. Owhhh.. Tidak.. Malam ni stay up lagi ke..??

Sebagai kenangan: 
Barisan Felo dan Pembantu Felo bersama family Dr Anizu, Pengetua KTF




Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 216)

Read More