Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011.. Selamat Tinggal 2010






Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2010. Esok, kita bakal memasuki tahun baru 2011. Dikesempatan ini, Anna nak mintak maaf banyak2 atas segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja..

Apa azam baru? Atau azam baru adalah meneruskan azam lama yang dah bertahun2 masih belum tercapai? Namun, bagi Anna lebih baik ada azam daripada tiada azam atau perancangan masa depan.. tak gitu??? Hehehe..

Seelok2nya kita perlu menyatakan apakah azam atau perancangan kita. Jika untuk mencapainya mengambil masa yang panjang, seelok2nya adakan juga beberapa azam jangka pendek. Pastikan azam jangka pendek itu tercapai sedikit demi sedikit...

Sebagai contoh, nak grad dengan 1st class dan dapat anugerah diraja semasa konvo. Itu adalah azam jangka panjang. Jadi untuk merealisasikannya perlukan azam jangka pendek. Seperti dapatkan dean's list setiap semester, menyertai aktiviti2 yang dianjurkan di universiti dan meluaskan networking. InsyaAllah, sekiranya tidak dapat anugerah diraja pun, kita gain a lots of experiences kan? Pengalaman sangat penting, sebab kalau nak bayar berjuta pun untuk beli pengalaman, memang tak dapat la... Huhuhu~ erk.. melalut lak kan..

Anna sendiri dah menyenaraikan semula beberapa azam tahun 2010 samada yang dah tercapai atau belum tercapai. Yang dah tercapai, alhamdulillah.. Tapi yang belum tu, InsyaAllah akan usaha untuk mencapainya tahun 2011.. Nampaknya ada azam baru bertambah untuk 2011 ni.. jeng3.. Apakah azam tersebut?? Rahsia la... =)
Read More

Thursday, December 30, 2010

Beberapa Larangan Selepas Makan



Jangan Merokok
Penyelidikan dari para ahli membuktikan bahawa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan terserang kanser lebih besar). Jadi, jangan amalkan merokok sejurus selepas makan ok.. Lagi pun rokok kan dah diharamkan.. Fikir2kan lah ye.. Pilihan ditangan anda..


Jangan makan buah-buahan
Segera makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi buncit dengan udara. Ambil buah 1-2 jam setelah makan atau 1jam selepas itu. Seelok-eloknya makan buah sebelum mengambil makanan berat. Kan Sunnah Nabi kita tu.. Kesihatan dapat, pahala pun dapat.. kan? kan?

Jangan minum teh
Kerana daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. Zat ini akan menyebabkan kandungan protein pada makanan yang kita ambil akan mengeras sehingga sukar untuk dicerna. (yang ni anna tak sure faktanya). Betul la kot kan? Tapi Anna mmg penggemar teh tarik. Tak kira siang atau malam. Asal ngeteh je, sure TEH TARIK!

Jangan mandi
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki & tubuh sehingga jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita. Dan ini berkemungkinan akan menyebabkan perut menjadi buncit.

Jangan terus berjalan
Orang selalu mengatakan bahawa selepas makan berjalan beberapa langkah dan anda akan hidup sampai 99. Dalam kenyataannya hal ini tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang kita telah ambil. So, lepas makan, relax dulu, borak2 jap baru bangun kan..hhehe..

Jangan terus tidur
Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna secara baik. Hal ini akan menyebabkan jangkitan pada lambung & usus kita.

Jangan minum air sejuk atau berais
Hal terakhir ini yang banyak tidak disadari oleh masyarakat adalah minum air sejuk. Suhu sejuk akibat ais yang berkondesasi dengan air dapat membekukan makanan, terutama yang mengandung minyak (lemak akan membeku). Hingga pada akhirnya lemak itu akan tertimbun dalam usus dan mengakibatkan penyempitan saluran-saluran pencernaan dan akan mengakibatkan kegemukan. Jadi, mulai saat ini jomlah kita ganti air ais yang biasa kita minum dengan minum air suam atau panas.. Lebih sihat kan... =)


Sebahagian sumber di dapati dari:
Read More

Wednesday, December 29, 2010

Pijak Telur

Salam.. U all buat ape tu? Tengok bola? Memang panas kan? Siap naik kereta perisai nak masuk stadium tu.. Apa2 pun semoga skuad Harimau Malaysia berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki.. MALAYSIA BOLEH!!!

Ok, sambil2 tengok bola, Anna nak share satu experience yg mungkin bukan senang nak dapat. PIJAK atau BERDIRI atas TELUR. Telur hidup tau, bukan telur rebus.. Ni gambar sebagai bukti. hehe..



Ada sesiapa yg pernah buat? Anna ni 1st time tau. Berdebar sgt. Tapi once kedua-dua kaki dah mendarat atas telur, mmg best n teruja. Macam tak percaya je. Harus diingat, even dah berjaya berdiri atas telur tanpa pecah, step untuk turun pun kena jaga. Majority yg pecahkan telur bila step turun tak dijaga. Akibatnya, crack la..

Aktiviti ni banyak mengajar bagaimana kita percaya kepada diri sendiri dan kawalan minda. Kalau minda tak fokus, mmg tak menjadi la. Kalau buat sendiri ni, belum tentu boleh jamin tak pecah. Hehehe.. (ada lagi simptom tak percaya diri sendiri)... Sape yg dah try, jom kongsi experience..

Asalnya slot time ni adalah walk on fire/ berjalan atas bara api, tapi memandangkan musim hujan, kayu api basah.. so ganti dengan step on the eggs.. before ni, dengan consultant yg sama juga buat aktiviti refleksologi guna gardening plat yg tebalnya 1 inci. perrghh.. Sakit sangat. Memang menangis la. 15 minit rasa macam 15 jam kot.. Sesiapa belum pernah try boleh la try ye..

Boleh search kat fb: MEPS Capital (siap promote tu)


Read More

Tuesday, December 28, 2010

100 truth about ???

Rules: Once you've been tagged,you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what are your 100 truths". (To do this, go to "notes" under tabs on your profile page, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people (in the right hand corner of the app then click publish.)
1. Real name : Siti Zanariah Binti Suhaimi
2. Nickname(s): Anna
3. Zodiac Sign: Leo
4. Male or female: Female
5. Elementary School: Sekolah Kebangsaan Telok Kechai (SKTK)
6. High School: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK)
7. College: College... Errr...Pernah belajar di KUSZA, but currently at Kolej Tun Fatimah, UTM
8. Hair color: Secret.. Takmo bgtau boley..
9. Tall or short : In da middle :)
10. TV or XBOX : Of course la TV!
11. Sweats or Jeans: NIL
12. Phone or Camera: Takdenye pilih2, nak dua2..
13. Health freak: Errrr.... 
14. Orange or Apple: Apple
15. Do you have a crush on someone? A long time a go... heheh..
16. Eat or Drink: BOTH, titik..
17. Piercings: Nope
18. Pepsi or Coke: Minum je dua-dua tapi kurang berminat.. Teh tarik jgk sedap
19. Been in an airplane: Not yet
20. Been in a relationship: Lalallaa... what do u think??
21. Been in a car accident: Nope
22. Been in prison: Nope, and tak nak please..
FIRSTS? 
23. First piercing: Tadika. Orang tu datang umah. Berminggu jgk nak baik.
24. First best friend: Nurul Ashikin Kadir, since sekolah rendah 
25. First award: Award sebagaimana? dari kecik dah ada award. Kedatangan ke sekolah full. Rajin gi sekolah kan? hehe..
26. First crush: secondary school~
27. First word: Ma Rabbu Ka? erk!
28. First kiss : Kissing my mom's cheek okey..
LAST?
29. Last person you talked to in person: Kak jue.. lunch sama2 tadi..
30. Last person you texted: Muhd Badrul Hafiz.. my bro..
31. Last person you watched a movie with: My Heartthrob.. We Watched Nangkung with the other 3 sweet gurls....
32. Last food you ate: Nasi putih + ayam goreng + asam pedas
33. Last movie you watched : Nangkung
34. Last song you listened to: For the rest of my life, Maher Zain
35. Last thing you bought: Sudoku, Mind to Mind handbook
36. Last person you hugged: Lately ramai sgt saya peluk masa kat Kem. Last our beloved pengetua kot, Puan Marzilah.
FAVOURITES?
37. Food: Nasi Goreng Ayam yang kat Restoran Jalal
38. Drink: Barli ais atau panas no big deal..
39. skirts or dress : Dress.. Nak pakai gi dinner Kolej ni
40. Flower: Of course la SUNFLOWER. Nakkkk..
41. Animal: Lion yang nama Azlan, boley ke? Hikhikhik..
42. Colours: Purple, maroon, brown, black, off white 
43. Movies: Banyak kot..
44. Subjects: Ekonomi Rumah Tangga. Hehhe..
HAVE YOU EVER:
(Put an X in the brackets if yes )
45. [ ] fell in love with someone
46. [     ] celebrated Halloween
47. [    ] had your heart broken.
48. [ ] went over the minutes/texts on your cell phone.
49. [    ] had someone question my sexual orientation.
50. [    ] copy friends' answers in exam.
51. [    ] got pregnant.
52. [    ] had an abortion.
53. [ ] did something I regret.
54. [ ] broke a promise.
55. [ ] hide a secret.
56. [ ] pretended to be happy.
57. [ ] met someone who changed your life.
58. [ X ] pretended to be sick
59. [ X ] left the country.
60. [ ] tried something you normally wouldn't try and liked it. (not in a wrong way.)
61. [ ]cried over the silliest thing.
62. [    ] ran a mile.
63. [ X ] went to the beach with your best friend.
64. [    ] kick someone's ass
65. [    ] hated someone.
66. [    ]stayed single for 2 years
RIGHT NOW
67. Eating: Grean Peas. Baru je, beli kat JUSCO smlm.
68. Drinking: Mineral water
69. Listening: TV, tgh tengok TIRAMISU, TV3
70. Sitting/Laying: Sitting
71. Plans for today: Mengemas bilik. Maklumlah seminggu kat Kem. Berhabuk ni. huk huk..
72. Waiting: errr.. waiting for that DAY!
YOUR FUTURE: 
73. Want kids? Of course! Tomeynyeeee...
74. Want to get married? *Blushing*
75. Career: Lecturer, Director own Consultancy & Training Center
76. Lips or eyes: Eyes
77. Shorter or taller: taller
78. Romantic or spontaneous: Dua-dua boley kan.. ngeee~
79. Cook for wife / husband: My pleasure..
80. House:Rumah yg ada 'sakinah'
81. Hook-up or relationship : Relationship... 
82. Looks or personality: Personality..
HAVE YOU EVER:
83. Lost glasses/contacts:Nope. Alhamdulillah, mata masih sihat..
84. Stay up for 24 hours: Pernah. Final exam.. Kecemasan!!
85. Watch pornsaip! Tak baik tau. Nakal soalan ni..
86. Killed somebody: Uih.. ada jgk yg masuk penjara nnt. tak penah la..
87. Broken someone's heart: Erk! Apakah?? Pernah sekali.. maafkan saya~
88. Been in love: Love is in the air. every day, every second. Lalallaa~
89. Cried when someone died: My beloved grandfather, when i was 14.. =(
DO YOU BELIEVE IN:
90. Yourself: YES
91. Miracles: Sometimes miracles does exist... Betul kan?
92. Love at first sight: Yes, love u for the rest of my life..
93. Heaven: Dah tentu, kan ada dalam Al-Quran. Wajib percaya syurga & neraka..
94. Santa Claus: Nope! 
95. Sex on the first date: Lagi satu soalan nakal. No no noooo..
96. Kiss on the first date: Haih.. nakal kamu ye. tabuleeee..
TRUTHFULLY: 
97. Is there one person you want to be with right now: Yes, but... =(
98. Do you know who your real friends are: Yes..
99. Do you believe in God: I believe in Allah..
100. Post as 100 truths? hahha.. finally.. DONE!


and here i tagged the lists below:
...........
Sesiapa yang nak buat dipersilakan ok.. Best tau. layan jek..
Tak larat dah nak tag. Hehheee..


Read More

Monday, December 27, 2010

Kem Pembentukan JKM KTF 2010/2011 || Part 2

Sambungan daripada PART 1...


24 hingga 26 Disember, bertempat di Dewan Sri Alam, KTF. Kem Pembentukan JKM KTF diteruskan dengan aktiviti yang menguji kesabaran dalam perancangan aktiviti. Perancangan aktiviti telah dilakukan sebelum barisan JKM dibentuk. Kami yang urusetia ni pening memikirkan siapakah calon yang sesuai bagi sesuatu jawatan. Namun, Allah telah memudahkan kami apabila selepas selesainya aktiviti malam (25 Dec) tu, kami dah berjaya menyusun barisan kepimpinan yang baru dalam masa yang singkat je. List name dah siap malam tu jugak untuk diumumkan pada hari berikutnya (hari terakhir kem).

Semoga barisan kepimpinan yang baru ni dapat menerajui KTF dengan baik dan membawa nama kolej serta universiti ke peringkat nasional dan kebangsaan. Perancangan yang mantap telah dilakukan dan dibincangkan dengan rapi. Cian adik2 semua kena perah semalam.. Tapi inilah proses belajar. Suatu hari nanti, U all akan merindui saat-saat suka duka dalam menjadi pemimpin di Universiti. Tahniah diucapkan untuk adik2 JKM KTF 2010/2011.


Inilah wajah2 pemimpin, Leaders of Tomorrow.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Ikhlaskan hati, laksanakan amanah dengan jujur dan komited.. Kita antara yang dipilih Allah untuk memegang tanggungjawab. Walau sebesar mana pun ujian, dugaan dan halangan, hadapilah dengan matang..


Bunga-bunga cantik di KTF. Hehehe.. Comel kan? Yang berdiri berjubah hitam tu our beloved Pengetua Kolej, Puan Marzilah. She's very kind... =)



Read More

Kem Pembentukan JKM KTF 2010/2011 || Part 1

Assalamualaikum.. Dah lebih kurang seminggu tak jenguk blog. Dah berhabuk pun.. Mujur ada juga yang sudi tolong sapu2 habuk tu, kalau tak, lagi la teruk.. Hehhehe...

Tau kan ke mana Anna menghilang beberapa hari ni?? Anna menjadi urusetia Kem Pembentukan JKM KTF. Kem bermula 22 Dec sampai 26 Dec, tapi bagi part 1 ni Anna story tentang 22-24 Dec yang mana bertempat di TUNJUK LAUT RESORT, Tg Leman, Mersing.

Kami menginap di Family Chalet. Mmg best la facilities kat sana. Dewan pun besar dan selesa. Semua aktiviti kat sana kami serahkan kepada konsultan untuk uruskan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. U all kenal MEPS CAPITAL & CONSULTANT? Mereka la pihak yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan kem ni.

Words saja tak best kan? Jom tgk gambar lak...


Pantai yang bersih, tapi tak dapat mandi laut sebab keadaan laut yg bergelora. Pihak Marine menasihatkan kami untuk tidak bermandi manda di laut.. Mendaki Bukit Leman juga agak mencabar. Keadaan tanah yang lembab menyukarkan keadaan sebab licin. Tapi bila dah sampai summit je, mmg puas dan seronok. Beberapa aktiviti turut diadakan kat atas sana.. gambar yang bawah tu, antara fasi dan urusetia yang terlibat. Setia betul menjadi urusetia.. hehehe..



Berdiri/ pijak atas telur.. Satu pengalaman yang best! Kalau tak betul2 concentrate mmg PECAH. Anna turut tak melepaskan peluang mencuba. Alhamdulillah, tak pecah dengan percubaan pertama... Ada cara dan teknik tau. Bukan sesuka hati terus pijak. Alamatnya pecah la.. So far, dalam ramai2 yg pijak ni, hanya 7 org yg memecahkan telur, tapi dalam peluang ke-2 semuanya berjaya mengawal minda.. Belajar dari kesilapan lebih bermakna.. =)


Read More

Wednesday, December 22, 2010

Off 3 hari - Tunjuk Laut Resort

Anna off dari sebarang access internet selama 3 hari bermula esok. Akan ke Tunjuk Laut Resort, Tg Leman, Mersing sebagai urusetia Kem Pembentukan JKM KTF 2010/2011.

Hope kawan2 tak jemu untuk singgah blog Anna k..


Pen off~

p/s: nak sambung packing barang...

Read More

NASDEC 2010 | Hotel Grand Paragon, JB

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN PELAJAR PERINGKAT KEBANGSAAN (NASDEC) 2010


Institusi Pembangunan Felo (IPF) telah menganjurkan Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC) 2010 pada 21 & 22 Disember 2010, bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Anna juga turut menjadi peserta di mana setiap kolej harus menghantar wakil seramai 6 orang. NASDEC ni diadakan setiap dua tahun dan kali ini UTM menjadi tuan rumah. Ramai pembentang daripada universiti lain turut sama menjayakan program ini.



8.00 malam, 21 Oktober 2010 (Selasa) Anna turut serta dalam memeriahkan acara Jamuan Makan Malam yang telah disponsor sepenuhnya oleh Menteri Besar Johor. Hidangan Chinese Cuisine mmg best. Sambil makan diiringi oleh persembahan kebudayaan daripada kelab kebudayaan KTR yang diberi nama Astana Cendana. 

Selesai makan jam 11.00 pm. Ngantuknya... Tak sabar nak balik. Nak packing barang untuk ke Tunjuk Laut Resort, Tg Leman besok.


Good luck Husna sebagai wakil KTF untuk present paper esok. Do ur best!
Read More

Sunday, December 19, 2010

Kesesakan Lalu Lintas di Broga Hill

Assalamualaikum dan selamat petang! U all buat ape petang2 ni? Kalau ada pisang goreng sedap jugak kan? Heheh..entri kali ni juz nak share pengalaman pertama kali naik Bukit Broga..



Persediaan simple je tapi kalau nak tengok sunrise perlu merancang perjalanan dengan baik lah. Nak set timing cun-cun matahari naik kan.. Kami pergi bertiga: Anna-Dina-Ina. Asalnya ramai lagi nak join, tapi masing2 ada hal pulak last minit. 

Anna pun tak merancang nak naik Broga Hill ni, tapi dah diorang ajak, OK je. Berbeza dengan pengalaman b4 ni kat Gunung Ledang, Broga tak perlu upah ranger untuk guide, memadai kita sendiri buat persediaan mendaki. Bawa bekal roti dan mineral water dah cukup.

Kami bertolak dari rumah (Kajang) seawal 5.30 pagi. Singgah bersolat di Masjid berdekatan yang mana lebih kurang 500 meter lagi sebelum masuk ke persimpangan Bukit Broga. Usai solat, kami meneruskan perjalanan. Kawasan parking kereta merupakan ladang kelapa sawit. Agak luas lah. Setelah warm-up lebih kurang, kami pun memulakan pendakian. Masa tu, jam menunjukkan lebih kurang 6.20am. Masih gelap. So, disarankan untuk membawa lampu picit ye. Kalau terlupa, takpe sebab ada orang yang menjual lampu picit kat kaki bukit tu. Pendakian bermula dengan jalan tanah gambut yang agak landai, namun lama-kelamaan semakin bertambah darjah kecuraman tu. 

Untuk pengetahuan U all, semasa kami mendaki ada sekumpulan kanak2 bawah 12 tahun turut mendaki dengan diiringi orang dewasa lah. Dan jangan tak sangka, uncle yang bertongkat juga boleh turut sama mendaki. Agaknya uncle tu dah biasa kot. Mungkin penduduk sekitar je.

Beberapa minit kemudian, kawasan mendaki semakin mencuram. Tiada lagi kawasan luas, yang ada cuma laluan untuk seorang demi seorang pendaki. Dengan kehendak Allah juga, hujan renyai mula turun. Masa ni kami berbelah bahagi nak teruskan atau berpatah balik. Ada sebahagian pendaki dah mula menuruni bukit (samada patah balik atau memang dah lama sampai). Dengar cerita, ada juga yang turut mendaki malam dan berkhemah di atas bukit. Finally kami decide nak teruskan. Baju dah basah dengan peluh dan hujan. hehehe.. semangat betul!!

Memandangkan hari cuti, maka berlakulah kesesakan. Dengan bertembung dengan pendaki yg nak turun lah, ada yang berhati-hati melangkah, jadi perjalanan agak lambat. Niat nak tengok sunrise tak kesampaian. Kami sampai atas dah jam 7.40am. Hujan makin lebat, tanah basah semakin menyukarkan pergerakan, sebab licin.. Gambar pun tak sempat snap banyak.. Huhu.. sedih. Takpe lah, next time boleh pergi lagi..

Kami sampai di kaki bukit semula lebih kurang jam 8.30am. Perut pun dah lapar, jadi kami bercadang nak singgah pasar pagi beli sarapan. Lupa nak bgtau, bayaran parking pun ada tau. Nyonya tuan punya tanah kot yang jaga pagar kuar tu. Sempat dia mintak duit parking RM 2.00. Hehe.. Sure banyak dia dapat setiap hari. Banyak betul kereta....

Sampai sini dulu.. Gambar tak cantik la sebab susah nak bergambar dalam hujan.. Nak snap banyak2 pun tak dapat. Jom gi lagi. Siapa nak ikot???
Read More

Happy Wedding

Salam.. Lagi update tentang Wedding Invitation.. Tahniah diucapkan kepada pasangan Khuraishah & Zaki. Semoga perkahwinan kalian diberkati selamanya.. Kak Aishah ni classmate masa Degree kat UTM. Miss u always sis.. Semoga menjadi isteri yang solehah, penawar di mata penyejuk di hati.. =)


Best dapat lepak ngan korang gurls.. 
Azie, Teha, Kak Farah, Syafa, Naz and Ayu

Read More

Saturday, December 18, 2010

Jalan-jalan cari makan | Part Four | Final

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sambung lagi part jalan-jalan cari makan. Tapi kali ni bukan dengan my fren, Dina, tapi dengan my heartthrob pulak. Jalan-jalan Dinner Date. hehehe..

Lokasi candle light dinner (ye ke candle? takde pun..) >> PUTRAJAYA SEAFOOD. Dah nama restoran pun putrajaya, sure la kat putrajaya kan? Restoran ni terletak di area Taman Botani.Tempatnya happening sebab ramai pengunjung tapi still ROMANTIK. Kami pilih untuk open air, sambil makan tengok tasik putrajaya. Dari situ juga nampak Masjid Putrajaya tau. Dengan lampu yang meriah, memang best. Iringan lagu romantik klasik yang menemani pengunjung menyamankan suasana. Hiasan dalam restoran sangat mewah, tapi kalau bahagian open air simple je sebab nak lebih menikmati udara segar kan..

Makanan... hmm.. OK la.. sedap2 tekak je la. Best lagi restoran ikan bakar pak bakar. hehe. gurau jek. Harga makanan agak mahal. Siap ada service charge and gov tax... Peringatan untuk sesiapa yang nak order nasi, sila order sepinggan je.. Banyak sangat tau. Boleh makan 4 orang. Mujur kami order nasi sepinggan je, topup dgn makanan lain. Tapi, alahaiiiii.. sayangnya tak habis. Manalah tau banyak camtu kan..

Hidangan sampai dalam masa yang singkat je. Lebih kurang 15-20 minit even orang tengah ramai masa tu. Pas makan, jalan2 kat Jambatan Putra dan Jambatan Seri Perdana. Dah macam keje ukur jambatan lak. Hihi.. Tu je lah jalan-jalan cari makan kali ni. Dah lewat dah, so balik la... Sehingga berjumpa lagi (ambik ayat Serina Ridzwan)... =)

Ice lemon tea sangat sedap. 
Harga sama dengan sepinggan chicken grilled kat d'one steak restaurant. huhu..

Belek-belak apa tak tau.. 
Ada info tentang Taman Botani 


Special thanks to my laling heart sebab sudi bawa jalan2 cari makan untuk edisi ke-4. hehehe...


Read More

Friday, December 17, 2010

Jalan-jalan cari makan | Part Three

Assalamualaikum dan selamat tengahari.. dah makan? Anna belum lunch lagi.. jap2 lagi nak kuar jalan2 cari makan lagi. Sekarang ni nak update JJCM part 3. hehehe.. Dah boleh geng dengan Serina Ridzwan ni.. 

Semalam kami dinner kat Restoran D'One Steak. Dekat je.. Seksyen 6 Bangi. U all yang area Bangi ni sure tau, kat simpang jalan je. Senang nak jumpa.Ada pelbagai pilihan menu yang menarik, tapi yang special tentulah western food kan? bagi yang tak gemar wastern food, jgn risau. Sebab ada juga nasi, sizzling noodles dan macam2 lagi lah.. Minuman pula, ada jus buah-buahan, kordial, minuman berkarbonat dan minuman panas. Pilih aje, makan dan bayar. Harga, tak terlalu mahal. Sebab satu hidangan western dan jus buah lebih kurang RM15 je. Ok la kan? Yang penting halal, sedap dan kenyang... =)

Memandangkan terlalu ramai orang kat restoran semalam, siap ada one group student celeb birthday lagi, kami tersipu2 nak bergambar. Gambar sikit jek. Hehe.. Ok la jugak kan.. Layaannnnn je...



Anna order: Chicken Grilled + Honey Dew Juice
Dina order: Chicken Maryland + Water Melon Juice
Dessert: Two scoop of ice cream (strawberry and choc)


Sekian~

Read More

Thursday, December 16, 2010

Jalan-jalan cari makan | Part Two

Salam.. Ada pulak part one and part two kan? Best tau jalan2 cari makan. Gunakan kesempatan sebaiknya. 

15 Dec, 6.00pm; kami (Anna and Dina) berkunjung ke ICE ROOM pulak. Wahhh.. Apa tu? Bilik ais ke? Sejukkkk.. Actually, ni adalah nama restoran yang menghidangkan AIS KRIM sebagai menu specialnya. Ais krim bukan sebarang ais krim tau. Sekali tengok macam ais kacang, tapi bukan.. Tak sehalus ais krim cornetto yang dalam bekas plastik tu, tapi tak sekasar ABC.

Kali ni, Anna bawa kamera, so snap la pic puas2. Lalalalaaa.. Even Anna selsema tapi layankan jugak makan ice. Nyummy.... sedap. Terdapat pelbagai pilihan perisa ais krim, pastu ada juga hidangan western and pelbagai jenis ice blended. Yang pastinya Anna paling suka Durian Tempura Fried. Woowww.. Memang marvelous! Isi ais krim durian yang sedap, tempura yang rangup. Makan ketika panas, tapi dalam tu ada ais krim yang smooth. Tapi seketul tu pun harga RM5.50. Juz nak try kan..

Antara menu yang kami order: Chicken Mushroom Spegetti with cream sauce, ais Durian Snow Ice, Yumy Yam Snow Ice, Tempura Fried Durian, dan Tiramisu Layer Cake. Total semua ni pun tak sampai RM50. Ok la jugak..

Jom layan pic lak...




Sedar tak sedar, hampir sejam lebih kami kat situ. So, meh la beransur. Tapi bukan balik rumah. Destinasi seterusnya adalah.... ALAMANDA. hehe..

Ada Mr Santa kat situ!

Lepas kuar dari ICE ROOM, kami singgah di Petronas Seksyen 9 untuk bersolat. Then ke ALAMANDA Putrajaya. Niat bukan nak shopping pun, juz nak gi tengok wayang. Maklumlah Rabu kan half price. Nampaknya nak tengok Rapunzel tidak tercapai jugak. Tiket sold out. So, kami decided tengok MY SOUL TO TAKE. Keseluruhan filem Ok, ada elemen suspen. Tak da hantu2 ok.. tapi ada jugak la beberapa gurls yang terbabas menjerit. Kehkehkeh. Tak baik gelakkan kan? Crita ni thriller seram. So kalau nak tau sinopsis sila google sendiri k. Kalau nak lagi details, silalah ke cinema berdekatan anda..~ =)

Huhu.. penat berjalan + makan. Tapi, sempat balik mengedit gambar dan update blog. hihi.. K lah, sambung nanti pulak..

Pen off~ 


Read More

Jalan-jalan cari makan | Part One

Juz simple update. 14 Dec baru ni Anna gi berkunjung buat pertama kalinya ke restoran Cina Muslim. My fren, Dina yang bawak. Before gi tu juz terbayang restoran biasa je la sebab tak pernah dengar b4 ni.. Tapi, once dah sampai, wahhhhhh!!! Best lah.. Restoran tu agak besar, yang pastinya bersih, pekerja2nya pun kemas dan mesra. Ada pelbagai pilihan menu daripada hidangan nasi ayam, ikan stim, menu mee, western dan yang paling best DIM SUM. Ni 1st time Anna makan Dim Sum tau. Ada pelbagai isi dim sum tu antaranya isi ayam, seafood, vege, carrot dan telur masin. Kami cuba telur masin dan carrot memandangkan dim sum ayam dah habis. Huhuhu.. Memang sedap sangat2. B4 ni nak try tapi was2, ye lah... Makanan Chinese, diragui status HALAL pulak.. Tapi yang ni memang terbaik lah!

Anna memesan nasi putih cendawan ayam. Memang menyelerakan bila digandingkan dengan air barli homemade. Kaw-kaw rasanya. Dina pulak order Mee Hokkien. Mungkin tak berapa kena dengan tekak, so agak janggal pulak. Masin sedikit tapi still rasa cam tawar. Camne tu? Heeeee...

Selain itu, kami jugak order Fries. Rangup dan best! Malangnya terlupa bawa kamera untuk snap gambar2 makanan tu. Tak pe lah, U all boleh datang cuba sendiri keenakan masakan kat situ. Harga, boleh tahan la, standard KL. Tapi total kami berdua makan tak lah sampai RM50. 

So, bagi sesiapa nak cuba, boleh la ke RESTORAN MOHD CHAN ABDULLAH. Kalau rite timing, boleh jumpa tokey. Masa kami gi tu, tokey ada dok lepak2 kat tepi kaunter cashier. Very humble person. Specky, pakai t-shirt putih n slack. Dina cakap b4 ni pun dia pakai camtu jugak. Hehehe..

Ni alamatnya kalau U all nak gi. Ada beberapa cawangan lain kalau U all rasa jauh untuk ke seksyen 9, Bangi ni.. Klik SINI k..

Alhamdulillah, senang hati tengok perniagaan orang Islam. =)
Read More

Tuesday, December 14, 2010

NARNIA memang best!

Siapa yang dah tengok NARNIA 3? Sila senyum.. Hehehe.. Anna baru berkesempatan tengok NARNIA 3 semalam kat TGV Jusco Balakong. Tapi sayangnya tak tengok yang 3D. Apa2pun, mmg best lah. Anna bagi 4 stars from 5. Bagi yang belum tengok, sila ke panggung wayang berdekatan ok. Tak rugi.

Anna gi berdua je dengan kawan Anna. Dina a.k.a GreenLady. Mulanya nak tengok Repunzel, tapi mana da show time malam. Kalau nak tengok Repunzel pagi dan petang je. So, mujur ada pilihan lain yang best. 

Hari Jumaat lepas Anna berkesempatan juga tengok Ngangkung. Memang lawak + seram. Memang best U all. Hujung2 tahun ni banyak lak kuar cite best2 kan. Tapi kewangan la pulak yang parah. Kuang3..

So, ada cadangan lagi untuk tengok cite lain yang best? Apa pendapat U all dengan cite AKU TIDAK BODOH, JANIN, HANTU KAK LIMAH, UNSTOPPABLE dan HARRY PORTER.. Waaahhh.. banyaknye cite..

Ok, lah.. stop dulu.. Daaa...

Read More

Ohh Nasi Minyak!

Assalamualaikum~

Dah hampir 4 hari Anna kat Bangi ni. Bestnya bertukar angin even takda la kuar mana sangat. Bersantai2 depan TV, sambil online. Mmg best. Juz nak share tentang kenduri yang Anna attend. Kedua-duanya kawan semasa Anna di bangku sekolah menengah. Barakallahu lakuma~


Intan my fren masa di SMKAK


Lukman my classmate masa di SMKAK. 
Yang len tu pun x-schoolmates.


Semoga kalian berbahagia sampai ke-Syurga.. =)

Read More

Benevolent RedLadybird - Giveaway Fella!

Holla~~ Let's join this GA. From our beautiful blogger fren --> QaQa
Let's check it out!


Mudah je nak join. Juz follow simple step as simple as STEP 1 to STEP 6. Jom ramai2 join coz ada hadiah menarik menanti anda. Surprise gitu.. ~~

:::Klik SINI untuk join ok:::

Nak ajak Kak Izan, Ellen, Mell. Jom.. jom..
Cepat, sebelum tarikh tutup: 20 December 2010.
Read More